1. Isi tersurat bermaksud isi-isi yang dinyatakan atau dipaparkan dalam petikan.
2. calon-calon dikehendaki menyenaraikan isi-isi utama dalam petikan.
3. Biasanya sesuatu petikan mengandung 2 - 8 isi tersurat.
4. Isi tersurat ini MESTI menepati dan berada dalam ruang lingkup Fokusd Pertama (F1).
5. Dicadangkan isi tersurat ini dipersembahkan dalam bentuk satu ayat bagi setiap isi.
6.
Isi tersurat perlu mempunyai subjek dan predikat sahaja. Semua unsur
keterangan dalam subjek dan predikat tidak perlu diambil sebagai isi
tersurat.
7. Penerangan subjek dan penerangan predikat dapat dikenal pasti, antaranya:
a. Contoh langsung - contohnya, misalnya, termasuk, umpamanya, dalam bentuk dan lain-lain.
Jumlah media cetak seperti akhbar, buku dan majalah telah berkembang dengan pesat.
b. Contoh tidak langsung - dengan, menerusi, ialah dan lain-lain.
Tindakan kerajaan terhadap pengemis dengan menangkap, menempatkan di rumah kebajikan atau menghantar pengemis asing ke negara asal mereka menelan belanja yang besar.
c. Huraian sesuatu konsep
MARDI badan yang memainkan peranan utama dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian berjaya menemui baka koko jenis baru.
d. Huraian isi
Setiap sekolah perlu mempunyai kakitangan dan peralatan yang mencukupi.
Tidak masuk akal sekiranya pengajaran dan pembelajaran tidak boleh
dilakukan kerana masalah kekurangan guru dan kekurangan alat bantu
mengajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan