Khamis, 26 Mac 2020

Latihan Karangan Bahan Rangsangan


Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda  tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda  antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Melawat pusat-pusat kebudayaan
Mengembara

 


Mengunjungi pusat beli belah

 

 

RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

1.0         Pendahuluan

-      Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum.
-      Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.


2.0         Isi/fakta
2.1          Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU)
-    Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik.  (H1)
              -    Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (H2)
              -    Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (H3)
-    Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH)
-    Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum.  (K)


2.2          Mengembara (IU)
-      Sama ada ke luar bandar atau hutan. (H1)
-      Menambahkan pengalaman dan menguji kecerdasan. (H2)
-      Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Ilahi. (H3)
-      Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH)
-      Mendedah kehidupan di kawasan hutan dan menguji kesabaran seseorang. (K)

2.3          Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU)
-      Pada musim perayaan atau hujung minggu. (H1)
-      Ekonomi negara meningkat. (H2)
-      Membeli barangan buatan tempatan. (H3)
-      Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH)
-      Menyahut seruan kerajaaan. (K)

3.0         Penutup

-      Matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia. (CDG)
-      Merealisasikan hasrat murni kerajaan. (P)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan