Berdasarkan novel yang anda kaji, bincangkan pengajaran yang anda perolehi dalam novel tersebut.
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, penulis
telah mengemukakan pelbagai pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran
pertama yang terdapat dalam novel ini ialah,
kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Tauke Lim
bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga
Embong dengan membenarkan keluarga tersebut berhutang untuk membeli barang di kedainya. Tauke
Lim juga sanggup membeli tanah yang ingin dijual oleh Nek Kiah untuk diberi kepada Embong
supaya Embong mempunyai tanah untuk dijadikan
tempat tinggal.
Pengajaran
kedua yang terdapat dalam novel ini ialah kita
mestilah berusaha untuk menyelesaikan
setiap masalah yang kita hadapi. Dahlia berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya satu per satu. Dalam hal
pelajaran, dia mendapatkan nota daripada
kawan-kawannya kerana dia ketinggalan pelajaran setelah dia melawat emaknya di Hospital
Permai.
Pengajaran
ketiga yang terdapat dalam novel ini ialah kita
hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam mempereratkan hubungan antara ahli
keluarga. Contohnya, ketika bapanya dimasukkan ke Hospital Batu Pahat akibat dipatuk oleh
ular tedung, Dahlia turut membawa adik
bongsunya, Anggerik untuk melawat bapa mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan