Rabu, 25 Mac 2020

Kesimpulan Rumusan

1. Kesimpulan ialah cadangan/gagasan/harapan.

2. Kesimpulan merupakan rayuan calon kepada pihak-pihak tertentu untuk melakukan sesuatu supaya isu yang dibincangkan diambil tindakan.

3. Kesimpulan perlu dibuat dalam satu ayat sahaja.

4. Kesimpulan seelok-eloknya dimulakan dengan:

Kesimpulannya,...............
Kerjasama semua pihak perlu untuk ..............
Oleh yang demikian,.................

Contoh:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan-peranan Rukun Negara sebagai alat perpaduan dan kesan-kesan mengabaikan Rukun Negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesimpulannya, (ayat cadangan) setiap rakyat Malaysia hendaklah mengamailkan prinsip-prinsip Rukun Negara (kata hubung) bagi (ayat harapan) melestarikan kesejahteraan kaum di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan