Baca
petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara
memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Sejak
turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan
dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan
masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat
menikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk
raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada
buah koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak
negara.
Coklat
mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksida, kalsium, fosfat
dan vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat
melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat
boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke
dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak antara tekak
dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada
manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan
perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat
dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut.
Hasil
kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda
seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan
relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh
memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau
bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh
menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda.
Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman
yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.
Manfaat lainnya ialah
coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian
mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka
diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan
coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana
fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di
dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk
melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam
coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia
perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh
mengakibatkan obesiti.
Diambil daripada Buku Budidaya, JPN Kedah
NOTA: Jawapan boleh dihantar pada bahagian Ulasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan