Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya sama ada
secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit)
Novel Jendela Menghadap jalan membawa tema kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Semasa berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur untuk mengadu masalah.
Dia berusaha sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat yang kental.
Walaupun pernah ditahan dikurung dan diikat oleh Haziq dan Rafiq di sebuah pondok buruk, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya.
Peristiwa itu menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Haziq dan Rafiq dan seterusnya cuba membantu.
Lili cekal mengikuti perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu yang menghadap jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan