Ahad, 29 Mac 2020

Plot Novel Songket Berbenang Emas

Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa. 

Permulaan 
Dahlia  pelajar  tingkatan  enam  atas  sedang  menjalani  latihan  bola  jaring  di  padang  bola jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa berhenti   rehat,   Dahlia   teringat   akan   emaknya   yang   hilang   ingatan. Azhari   datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia  menyuarakan  hasrat  mahu  merisik  Dahlia.  Pada  petang  itu,  Azhari  menghantar  Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais. 

Perkembangan 
Dahlia  amat  sedih  apabila  melihat  keadaan  emaknya, Saleha  yang  berada  di  kebun  getah pada  waktu  senja.  Emaknya  sudah  tidak mengenalinya lagi.  Dahlia  dan  abahnya  memujuk emaknya  balik ke  rumah  dengan  bantuan  orang kampung. Nek  Kiah  menyalahkan  Embong yang menyebabkan aleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya  semakin  serius.Dahlia  terpaksa keluar  dari  asrama  dan kerap  ponteng sekolah  kerana  menguruskan  adik-adiknya.Abah  Dahlia  pula  dimasukkan  ke  wad  kerana dipatuk ular.

Perumitan/Konflik
Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi  kawasan  tempat  tinggal  Dahlia  sekeluarga.  Nek  Kiah  mahu  Dahlia  dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.Dahlia  tertekan  kerana  keluarganya  tidak  mampu  untuk  menyediakan wang sebanyak itu.
Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
Nek  Kiah  memandang  serong  terhadap  Dahlia  atas  kehadiran  Azhari  dan  Najib  ke rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap  orang  lain.  Selaku  ketua  kampung  Haji  Sulaiman  menasihati  orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga. 

Klimaks/Kemuncak
Abu  Bakar  menjumpai  kain  merah  yang  sudah  reput  yang  membungkus  telur  ayam  yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya  ke  sungai.  Selepas  itu,  Saleha  sudah  sembuh  dan  dibenarkan  pulang  ke rumahnya.Nek  Kiah  pula  sakit  dan  dirawat  di  hospital  selama  dua  hari. Keluarga  Dahlialah yang  menjaganya.  Setelah  keluar  dari  wad,  Nek  Kiah tinggal  dengan  keluarga  Dahlia sehingga  benar-benar  pulih.Nek  Kiah  mula  berubah  dan  berbaik  semula  dengan  keluarga Dahlia.
Banjir  yang  berlaku  di  Kampung  Parit  Haji  Rais  telah  membawa  hikmah  apabila  penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman. 

Peleraian/ Pengakhiran
Dahlia  tinggal  di  asrama  semula  kerana  peperiksaan STPM  semakin  hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat. Kedatangan  Cikgu  Daim  membawa  berita  gembira  apabila  Dahlia  terpilih  untuk mengikuti  pengajian  di  Jepun  selama  empat  tahun.  Sebelum  ke  Jepun  ,Dahlia  perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia  terlewat  kerana  jurucakap  majlis  lewat  sampai.  Azhari  datang  berjumpa  Dahlia  di stesen  bas  sebelum  Dahlia  bertolak  ke  Kuala  Lumpur.
Dia  telah  menghadiahkan  songket berbenang  emas  berwarna  merah  kepada  Dahlia.  Azhari  mahu  Dahlia  menjaga  jati  dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan