1. Dikemukakan sebagai Soalan 1 dalam Kertas 1103/2 Bahasa Melayu SPM.
2. Panjang petikan yang dikemukakan kira-kira 350 patah perkataan.
3. Panjang rumusan yang dibuat tidak melebihi 120 patah perkataan.
4. Markah yang diperuntukan sebanyak 30 markah.
Rumusan Yang Cemerlang
1. Rumusan yang cemerlang perlu memenuhi syarat berikut:
a. Menepati kehendak soalan
b. Mempersembahkan idea secara teratur dengan pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan
c. Mempunyai isi-isi penting secukupnya, meliputi isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat
d. Menggunakan bahasa baku dengan ejaan dan tanda baca yang betul
e. Menggunakan kosa kata yang tepat dan sesuai dengan laras bahasa petikan asal
2. Markah penuh bagi soalan ini ialah 30 dengan pembahagian seperti berikut:
isi – 10 isi X 2 markah = 20 markah
bahasa – 10 markah
3. Markah isi dibahagikan kepada bahagian berikut:
pendahuluan 2 markah
isi tersurat 8 - 12 markah
isi tersirat 4 - 8 markah
penutup 2 markah
4. Perkara yang perlu ada dalam rumusan
Pendahuluan
Isi Tersurat
Isi Tersirat
Penutup
Menganalisis Soalan Rumusan
1. Baca arahan dengan teliti.
2.
Fahami penanda tugasan, yakni kata kunci dalam arahan soalan yang
secara jelas menyatakan bahawa soalan itu adalah soalan 'merumus
karangan'.
3. Kenal pasti fokus soalan, iaitu fokus pertama (F1)
dan fokus kedua (F2) seperti langkah, punca, kesan, faktor-faktor, sebab
dan sebagainya.
Arahan soalan
Baca
petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang
budaya kerja dalam kalangan rakyat Malaysia (F1) dan langkah membaikinya (F2).
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Penanda tugasan Tulis rumusan
Fokus pertama (F1) Budaya kerja dalam kalangan rakyat Malaysia
Fokus kedua (F2) Langkah-langkah membaikinya
Kehendak soalan Menulis rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan tentang budaya kerja dalam kalangan rakyat Malaysia dan langkah-langkah membaiki budaya kerja tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan