1.
Persoalan Masalah Kepincangan Rumah Tangga
seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul
anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi,
berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan.
Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti
ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya
kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
2.
Persoalan Keagamaan – Dalam perjuangan membina surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak
peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju
untuk membina surau bagi tujuan keagamaan.
3.
Persoalan Persahabatan – Persahabatan antara
Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.
4.
Persoalan Perpaduan Antara Kaum – Perpaduan kaum
menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah
hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah
bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.
5.
Persoalan Menuntut Ilmu Pengetahuan – Geetha
merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang
pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili
yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6.
Persoalan Golongan Muda Yang Terjebak Masalah Dadah
– Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat
masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya
Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup
mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam
kancah ketagihan dadah.
7.
Persoalan Hubungan Kekeluargaan Antara Anak dan Ibu
Bapa – Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung,
tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga
mengganggap kampung terlalu jumud. Ibu
Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan Hubungan
Manusia Dengan Alam Sekitar – Hubungan antara manusia dengan alam
sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi
jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Datuk
sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk
kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang
dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga
menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar
kayu tanpa pengetahuannya.
9. Persoalan Suka Fitnah
Memfitnah Dalam Masyarakat – Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah
antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya
membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar
mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
10.
Persoalan tentang sikap
prihatin - Lili begitu prihatin dengan Che Jah
yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya
tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut
memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan
motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk
selama ini.
11.
Persoalan tentang masalah
sosial penduduk kampung
- Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan
pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk
kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual
tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui
penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga
berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti
kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan