Khamis, 26 Mac 2020

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

1. Soalan Bahagian A dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

2. Wajib dijawab oleh calon

3. Peruntukan markah sebanyak 30 markah

4. Panjang karangan antara 200 hingga 250 patah perkataan

5      5.  Calon dikehendaki memberikan pendapat atau pandangan berdasarkan bahan rangsang yang dikemukakan.

6.  Bahan rangsangan boleh berbentuk gambar foto, gambar rajah, ilistrasi kartun, pelan, iklan, catatan dan petikan


Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian


1.       Pastikan panjang  karangan antara 200 hingga 250 patah perkataan. Jangan kurang daripada jumlah itu.

2.       Seeloknya disediakan dalam 5 perenggan:
2.1   Perenggan 1 – Pendahuluan
2.2   Perenggan 2 hingga 4 – Isi
2.3   Perenggan 5 – Penutup

3.       Perenggan yang ditulis hampir seimbang jumlah perkataannya, tidak terlalu panjang atau terlalu pendek antara satu dengan yang lain.

4.       Masukkan peribahasa, ungkapan yang menarik, kata-kata hikmat dan petikan kata-kata bagi memantapkan karangan.

5.       Bahasa yang digunakan jelas, tepat dan dapat menjelaskan tema dan isi karangan yang ditulis.

6.       Ayat yang dibina gramatis, menggunakan penanda wacana dan tanda baca yang sesuai serta bebas daripada kesalahan ejaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan