Rabu, 25 Mac 2020

Pendahuluan Rumusan

Menulis Pendahuluan

1. Pendahuluan bermaksud pemahaman calon tentang keseluruhan petikan.
2. Jadi, isi pendahuluan ialah idea utama/tema/isi pokok.
3. Kata kunci arahan soalan (FS) boleh dijadikan panduan untuk menulis pendahuluan.
4. Baca petikan yang dikemukakan dengan teliti.
5. Fahami maksud keseluruhan petikan dan kenal pasti mesej utamanya.
6. Ingat semula fokus soalan (FS), iaitu fokus pertama (F1) dan fokus kedua (F2) yang diperolehi semasa menganalisis soalan.
8. Bina pendahuluan rumusan berdasarkan idea utama/keseluruhan petikan.
9. Seelok-elok pendahuluan ditulis dalam satu ayat dan dimulakan dengan:

Petikan membincangkan .................
Petikan menyentuh ..................
Petikan memperkatakan ................

10. Tukarkan perkataan kata kunci soalan pada F1 dengan perkataan yang sinonim seperti berikut:




11. Berikut diberikan contoh menulis pendahuluan petikan rumusan:

Arahan soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Pendahuluan:

Petikan membincangkan faktor-faktor kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini dan kesan-kesannya. (2 markah)


Petikan membincangkan daya tarikan yang membawa kepada kemasukan pekerja asing ke negara Malaysia. (2 markah)

Petikan membincangkan sebab-sebab kedatangan pendatang asing ke negara ini. (1 markah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan