1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.
2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama am abstrak
b. Kata nama am konkrit
a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya:
mimpi, diktator, kehendak
sengsara, idaman, perhimpunan
b.
Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau
dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:
danau, guru, awan
kucing, titi, asap
3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;
i. Kereta itu berwarna hitam.
ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.
iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.
iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.
Rujukan dan PdPR Online Untuk Pelajar Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5) SMK Tanjung Pauh Jitra Kedah Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PDPR 3.0 sedang berlangsung. Bukan untuk tatapan umum atau perniagaan.
Khamis, 18 Jun 2020
Isnin, 15 Jun 2020
Kata Nama
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.
Kata nama dapat dibahagi kepada tiga golongan :
1.kata nama khas
2.kata nama am
3.kata ganti nama
Kata
nama khas merujuk orang ,haiwan,benda perbadanan atau institusi,bahasa
dan seumpamanya . Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar, contohnya Ramasamy,Sang Harimau,dan Selangor Darul Ehsan.
Kata nama am ialah perkataaan yang merujuk perkara yang umum, contohnya polis,kucing,sekolah,harimau dan kereta.
Kata ganti nama; Rujuk entri berikutnya.
Khamis, 11 Jun 2020
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus.
2. Kata nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama khas hidup
b. Kata nama khas tak hidup
3. Kata nama khas hidup pula terbahagi dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan bukan manusia.
a. Kata nama khas hidup
i. Kata nama khas hidup manusia, contohnya Azizul, Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
ii. Kata nama khas bukan manusia, contohnya Sang bedal, Comel, Habiscus Rosa Sinensis (Bunga Raya)
b. Kata nama khas tak hidup, contohnya Proton Wira, Tatabahasa Dewan, Tanjung Dawai dan Wisma Darulaman
4. Berikut beberapa contoh penggunaan kata nama khas dalam ayat:
i. Baju John Master itu mahal harganya.
ii. Sang Kancil berjaya memperdaya harimau dalam cerita itu.
iii. Ahmad suka bermain bola sepak.
iv. Pulau Pinang dikenali juga sebagai Pulau Mutiara.
2. Kata nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama khas hidup
b. Kata nama khas tak hidup
3. Kata nama khas hidup pula terbahagi dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan bukan manusia.
a. Kata nama khas hidup
i. Kata nama khas hidup manusia, contohnya Azizul, Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
ii. Kata nama khas bukan manusia, contohnya Sang bedal, Comel, Habiscus Rosa Sinensis (Bunga Raya)
b. Kata nama khas tak hidup, contohnya Proton Wira, Tatabahasa Dewan, Tanjung Dawai dan Wisma Darulaman
4. Berikut beberapa contoh penggunaan kata nama khas dalam ayat:
i. Baju John Master itu mahal harganya.
ii. Sang Kancil berjaya memperdaya harimau dalam cerita itu.
iii. Ahmad suka bermain bola sepak.
iv. Pulau Pinang dikenali juga sebagai Pulau Mutiara.
Isnin, 8 Jun 2020
Ayat Dasar Bahasa Melayu
1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi
dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis
ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa
pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
3. Daripada pola itulah terbit ayat yang
lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang,
ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.
i. Frasa Nama + Frasa Nama
FN FN
Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
FN FK
Contoh: Aniza (FN) membaca buku (FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
FN FK
Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
FN FS
Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
Langgan:
Catatan (Atom)