Soalan kelima dalam Karangan Bahagian B. Karangan dimensi sastera.
5.
Karya sastera bukan hanya berperanan sebagai
hiburan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan masyarakat.
Bincang kepentingan sastera
dalam sesebuah masyarakat.
5 Pendahuluan
Karya sastera memainkan peranan
penting perkembangan sesebuah masyarakat – bentuk sastera terbahagi kepada dua
iaitu sastera lisan dan sastera tulisan – kedua-duanya penting
Isi-isi
Penting
(a)
Menerapkan
unsur-unsur pengajaran – terbina secara tidak langsung daripada cerita –
membentuk masyarakat yang berilmu dan matang emosi
(b)
Membangkitkan
semangat cinta akan negara – karya sastera memaparkan tokoh-tokoh kemerdekaan –
sastera tradisi yang memaparkan tokoh yang mempunyai semangat patriotik yang
tinggi dan taat kepada pemimpin seperti Hikayat Hang tuah
(c)
Kritikan
sosial kepada pemimpin – disampaikan melalui perlambangan dan puisi – isu-isu sosial
dibincangkan dengan sindiran
(d)
Membina
kematangan berfikir dan meluaskan pengalaman – membolehkan pembaca berfikir
peristiwa seterusnya dalam karya sastera – pengalaman penulis dipindahkan
kepada pembaca – mematangkan generasi muda
(e)
Keindahan
bahasa dan khazanah budaya terjaga –
disampaikan dan direkodkan dalam bentuk penulisan penubuhan – pembaca
mengetahui perkembangan bahasa dan budaya – membina keyakinan terhadap bahasa
Penutup
Karya sastera mempunyai peranan penting
dalam masyarakat – perlu digiatkan usaha- usaha penulisan – “tak lekang dek panas, tak
lapuk dek hujan” – melambangkan realiti kehidupan masyarakat