Isnin, 11 Mei 2020

Latihan Penulisan Karangan - Kepentingan Sastera

 Soalan kelima dalam Karangan Bahagian B. Karangan dimensi sastera.

5.       Karya sastera bukan hanya berperanan sebagai hiburan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan masyarakat.

Bincang kepentingan sastera  dalam sesebuah masyarakat.


5                Pendahuluan
Karya sastera memainkan peranan penting perkembangan sesebuah masyarakat – bentuk sastera terbahagi kepada dua iaitu sastera lisan dan sastera tulisan – kedua-duanya penting 

             Isi-isi Penting
(a)    Menerapkan unsur-unsur pengajaran – terbina secara tidak langsung daripada cerita – membentuk masyarakat yang berilmu dan matang emosi
(b)    Membangkitkan semangat cinta akan negara – karya sastera memaparkan tokoh-tokoh kemerdekaan – sastera tradisi yang memaparkan tokoh yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan taat kepada pemimpin seperti Hikayat Hang tuah
(c)    Kritikan sosial kepada pemimpin – disampaikan melalui perlambangan dan puisi – isu-isu sosial dibincangkan dengan sindiran
(d)    Membina kematangan berfikir dan meluaskan pengalaman – membolehkan pembaca berfikir peristiwa seterusnya dalam karya sastera – pengalaman penulis dipindahkan kepada pembaca – mematangkan generasi muda
(e)    Keindahan bahasa dan khazanah  budaya terjaga – disampaikan dan direkodkan dalam bentuk penulisan penubuhan – pembaca mengetahui perkembangan bahasa dan budaya – membina keyakinan terhadap bahasa


Penutup
       Karya sastera mempunyai peranan penting dalam masyarakat – perlu digiatkan usaha-       usaha penulisan – “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” – melambangkan realiti kehidupan masyarakat

9 ulasan: