Ahad, 20 Mac 2022

KARANGAN NILAI BERTANGGUNGJAWAB: Pengurusan Masa

 Ilustrasi di bawah berkaitan pengurusan masa.

Berdasarkan maklumat yang ada, hasilkan sebuah karangan yang panjangnya antara 150 hingga 200 patah perkataan.


Contoh karangan

Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap .Pada era globalisasi ini,kita sering mendengar berita tentang pelajar - pelajar yang terjerumus dalam budaya tidak sihat seperti melepak. Pelajar-pelajar seperti ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap .

         Faedah pengurusan masa ialah membentuk disiplin diri.Hal ini disebabkan oleh menepati masa yang secara tidak langsung menjadikan seseorang itu berdisiplin.Dengan erti kata lainnya,jadual harian mestilah disediakan dan haruslah diikuti dengan penuh berdisiplin.Jika tidak,jadual yang disediakan tiada maknanya .Justeru,disiplin diri akan dapat dibentuk apabila kita menguruskan masa dengan lebih  efektif.

         Disamping itu,dapat meningkatkan kecemerlangan diri.Hal ini kerana ,seseorang yang bijak membahagikan masanya mempunyai ciri insan yang berjaya .Dengan ini ,aspirasi negara untuk melahirkan modal insan selaras dengan Wawasan 2020 dapat dicapai .Malah ,lazimnya pelajar-pelajar yang bijak menguruskan masa lapanganya dengan aktivti yang berfaedah .Masa lapangnya digunakan untuk memperbaiki kelemahan dalam pelajaran.     

          Pelajar juga perlu menyusun aktiviti secara terancang .Oleh itu, jadual yang fleksibel haruslah diwujudkan agar boleh diubahsuai dan mudah diikuti .Hal ini dapat mengelakkan diri daripada menangguhkan kerja.Aktiviti berfaedah juga dapat dilakukan .Malah ,para pelajar juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan sempurna dan menyeluruh. Oleh itu,masa yang diperuntukkan iaitu selama 24 jam haruslah digunakan sebaik mungkin.

          Intihanya,sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran malah kita juga perlu berjaya dalam bidang sukan,aktiviti kokurikulum dan agama.Oleh itu,kita perlu menguruskan masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan dam seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dala semua bidang.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan