Rabu, 10 Mac 2021

MODUL KOMSAS (BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)

TINGKATAN: 5 Dinamik

MASA: 8.40 – 10.10

TARIKH: 8/3/2021 (Isnin)

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat;

mengolah satu maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. 

-        

Pengetahuan sedia ada:

Murid telah membaca teks Burung Terbang Dipipiskan Lada

Panduan:

Murid boleh merujuk buku teks KOMSAS – Burung Terbang Dipipiskan Lada

Rujuk antologi Sejadah Rindu bahagian prosa klasik.

Namakan  pelakon utama yang terdapat dalam cerita ini.

Itu

Berikan 2 peristiwa yang dilalui oleh pelakon itu.

Panduan:

Dua peristiwa yang terjadi selepas watak utama pulang ke rumah

Susun peristiwa yang dilalui oleh pelakon itu menggunakan peta alir

Rujukan: Buku teks KOMSAS – Burung terbang Dipipiskan Lada dalam antologi Sejadah Rindu

Media perantara: WhatSapps, Blogspot, google meet

Refleksi :

Selasa, 9 Mac 2021

MODUL KOMSAS (SONGKET BERBENANG EMAS)

TINGKATAN: 5B

MASA: 7.40 – 8.40

TARIKH: 9/3/2021 (Selasa)

Objektif pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat;

-       membuat satu keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara

-       Menyenaraikan nama tempat dan peristiwa yang terjadi

Pengetahuan sedia ada:

Siapa nama watak utama dalam cerita ini?

Sebutkan nama mak dan ayah watak utama itu.

Panduan:

Murid boleh merujuk buku teks KOMSAS – Songket Berbenang Emas

Rujuk bab 2,muka surat 9 hingga muka surat 18?

Nyatakan dua peristiwa yang terjadi?

Sebutkan nama tempat peristiwa itu

Panduan:

Dua peristiwa yang terjadi selepas watak utama pulang ke rumah

Cadangkan penyelesaian untuk peristiwa pertama.

Cadangkan penyelesaian untuk peristiwa kedua.

Rujukan: Buku teks KOMSAS – Songket Berbenang Emas

Media perantara: WhatSapps, Blogspot, google meet

Refleksi :

Isnin, 8 Mac 2021

MODUL KOMSAS (SBE)

MODUL KOMSAS (JMJ)

TINGKATAN: 4 Bestari

MASA: 11.40 – 1.10

TARIKH: 8/3/2021 (Isnin)

Objektif pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat;

-       membuat satu keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara

-       Menyenaraikan nama tempat dan peristiwa yang terjadi

Pengetahuan sedia ada:

Siapa nama watak utama dalam cerita ini?

Sebutkan nama mak dan ayah watak utama itu.

Panduan:

Murid boleh merujuk buku teks KOMSAS – Jendala Menghadap jalan

Rujuk Bab 1, muka surat 1 hingga muka surat 6?

Nyatakan dua peristiwa yang terjadi?

Sebutkan nama tempat peristiwa itu

Panduan:

Dua peristiwa yang terjadi kepada watak utama

Cadangkan penyelesaian untuk peristiwa pertama.

Cadangkan penyelesaian untuk peristiwa kedua.

Rujukan: Buku teks KOMSAS – Jendela Menghadap Jalan

Media perantara: WhatSapps, Blogspot, google meet

Refleksi:

Ahad, 7 Mac 2021

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. 

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif sifat / keadaan
ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau
keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat:  Budak nakal selalu kena marah.

2. Kata adjektif warna
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.  
Contoh ayat:  Adik suka pakai baju hijau.

3. Kata adjektif ukuran
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Contoh ayat:  Buku tebal itu sudah saya baca.

4. Kata adjektif bentuk
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong,  buncit, dan
tajam.
Contoh ayat:  Jalan lurus mudah dilalui.

5. Kata adjektif waktu
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:  Kedatangannya lewat hari ini.

6. Kata adjektif jarak

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi makna konsep ruang,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
nyaris, dekat, hampir, dan jauh.
Contoh ayat:  Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

7. Kata adjektif cara

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas, deras, ligat, lambat, gopoh, perlahan, laju, cermat,
dan cepat.
Contoh ayat:  Kereta itu dipandu dengan laju.

8. Kata adjektif perasaan
ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kasih, takut, malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu,
dan marah.
Contoh ayat: Dia masih marah kepada saya.

9. Kata adjektif pancaindera

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa.
Indera pandang
comel
hodoh
molek

Indera dengar
nyaring
lembut
mersik

Indera bau

wangi
hanyir
harum

Indera rasa
manis
kelat
masam 

LATIHAN

Bina satu ayat untuk perkataan-perkataan berikut bagi menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaaannnya. Anda tidak boleh menjadikan  perkataan itu sebagai kata majmuk atau ditambah imbuhan.

1. molek

2. mersik

3. harum

4. masam