Jumaat, 27 Mac 2020

Latihan Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan yang anda pelajari, jelaskan perwatakan watak utama dalam novel tersebut?

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. 

Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
 
Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
2. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut?

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. 
Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Lili cekal walau pun dikurung oleh Haziq dan Rafiq di pondok di hujung kampung.
 
Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
  
Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
3. Anda telah membaca novel Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mardarin. Berikan tiga sebab mengapa anda mengatakan bahawa novel itu adalah sebuah novel yang menarik.
  
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-sebab novel ini menarik ialah novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
 
Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional.
Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.
 

Nilai dan Pengajaran Dalam Novel Jendela Menghadap Jalan

Nilai
 

Nilai Jati Diri


o       Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.


Nilai Tanggungjawab


o       Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.


Nilai Prihatin


o        Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.


o        Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.




Nilai baik hati


o       Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.


o       Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

 

Nilai kasih sayang


o       Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.


o       Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.



Pengajaran   

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sedia kala.


Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
 


Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.


Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini. 

Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.

Latar Dalam Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan tempat, masa, ruang, dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.

2. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.

3. Latar tempat ialah tempat berlakunya peristiwa dalam cerita, misalnya bandar, kampung, lapangan terbang atau hutan.

4. Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu cerita, misalnya waktu pagi, waktu siang dan sebagainya.

5. Latar masyarakat pula merupakan keadaan masyarakat di tempat berlakunya cerita berkenaan yang antara lain merangkum agama,kepercayaan dan pekerjaan. Contoh latar masyarakat ialah masyarakat pada zaman pemerintahan Jepun, masyarakat orang asli dan sebagainya. 


 Latar Tempat
   

            Dungun


o        Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal


o        Daerah asal ibu Lili
Pekan Sejahtera
 
o        Tempat Tinggal Geetha


o        Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.


Pekan Sentosa


o        Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili


Bendang


o        Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung


Masjid


o        Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.


o        Tempat Datuk Bersolat Berjemaah


Rumah Datuk


o        Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu


o        Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.


o        Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak


o        Tempat Danel berurut dengan datuk


Kedai Runcit Letchumi


o        Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja


o        Tempat Lili Bertemu Geetha


o        Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.


Kedai Runcit Ah Kwan


o        Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur


o        Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.


Balai Raya


o        Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.


o        Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau



Latar Masa
 


Maghrib


o       Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.


Pagi


o       Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.


o       Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.



Latar Masyarakat
 


Latar Masyarakat Yang Bermasalah Institusi Kekeluargaan


o       Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.


Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.


o       Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.


Latar Masyarakat Yang Prihatin


o        Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah


o        Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.


o        Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.


o        Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
     Latar masyarakat yang buruk sangka.


o        Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.


o        Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.


o        Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

Khamis, 26 Mac 2020

Plot Dalam Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Plot ialah susunan cerita atau peristiwa dalam sesuatu cereka.

2. Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak.

3. Dalam plot terdapat binaan plot dan teknik plot.



Binaan Plot

1. Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.

2. Pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan konflik yang wujud, sama ada dalam diri watak, antara watak-watak dan watak dengan persekitarannya.

3. Dalambahagian pertengahan, konflik cerita semakin rumit sehingga mencapai puncak cerita atau klimaks.

4. Pada peringkat klimaks, penyelesaian konflik akan berlaku dan bahagian cerita kan menuju kepada pengakhiran atau peleraian.


 

Teknik Plot

1. Teknik plot ialah cara penulis mengembangkan plot ceritanya agar menarik perhatian pembaca.

2. Teknik plot yang digunakan termasuklah:

a. Imbas kembali


i. Imbas kembali ialah mengenang kembali peristiwa yang pernah dialami oleh watak.

ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui khayalan, dialog, monolog atau monolog oleh watak.

iii. Penulis juga boleh mengimbas kembali peristiwa melalui pemerian yang dilakukannya.

b. Imbas muka


i. Melalui imbas muka, pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada tindakan dan aksi watak dalam cerita itu.

ii. Imbas muka dapat memberi gambaran kepada pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku.

c. Saspens


i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

d. Konflik

i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman dan luaran.

iii. Konflik dalaman merupakan konflik dalam diri watak.

iv. Konflik luaran merupakan konflik antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan persekitarannya.

v. Konflik dapat digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.

e. Kejutan

i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan cerita yang berlaku secara mengejut tanpa diduga oleh pembaca.

ii. Biasanya, kesan kejutan tidak sama dengan peristiwa yang dibayangkan oleh pembaca

f. Dialog

i. Dialog ialah pertuturan atau percakapan antara dua atau lebih watak.

ii. Melalui dialog antara watak-watak ini, biasanya akan tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema dan persolan dalam cereka tersebut.

g. Monolog


i. Monolog merupakan pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau meluahkan perasannya.

ii. Penyataan perasan dan fikiran ini mungkin dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan dan sebagainya.

h. Monolog Dalaman


i. Monolog dalaman merupakan kata hati atau pengucapan batin oleh watak.

ii. Teknik ini digunakan penulis untuk menyatakan isi hati watak, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dapat dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog. 


Permulaan

 Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.

Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas. 

Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.



Perkembangan

 
Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.  


Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk. 



Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.



Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.  



Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap. 



Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati. Danel sering menulis artikel tentang pisang. 



Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.
 


Konflik  

Konflik dengan diri sendiri
Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.



Konflik dengan orang lain
Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.


Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.

Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.



Klimaks / Puncak

 Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.



Peleraian

 Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.

Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.

Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
 

Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
 

Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
  
Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.

Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah. 

Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. 

Haziq dan Rafiq memasuku semula alam persekolahan persekolahan.

Watak dan Perwatakan dalam Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.

2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.

3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata atau watak-watak berkenaan.

4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protogonis dan antogonis. 


 Watak Utama
 
Lili  Lepasan sekolah menengah  Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya  Berpura-pura menjaga hari ibunya  Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan  Akur cakap orang tua  Suka berkawan dan peramah  Menjadi teman baik Geetha  Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,  Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga  Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.


Watak Sampingan 
  Datuk (Haji Abdul Rahman)
Pakar akar kayu dan ubat tradisional  
Jadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung
Berjaya sembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuat oleh Datuk     
Ajar Lili ilmu kegamaan
Menguji Lili dengan ilmu agama
Sayang akan pekerjaannya mengumpulkan akar kayu
Berjaya mengislamkan William
Dahulu orang mendengar cakap Datuk tetapi sekarang tidak
Berumur 70 tahun
Rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih
Rajin membaca kitab
Berjaya mengubati lima orang dari Kuala Lumpur menggunakan herba
Tidak balik malam kerana mencari herba Di hutan
Pandai mengurut (mengurut Danel)



Danel
Anak William
Jelaskan isu pembinaan kubah surau
Jelaskan kebaikan rawatan moden
Berhujah dengan berhemah supaya Datuk tidak berkecil hati
Percaya perubatan moden
Akrab Dengan Datuk
Menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah
Sering membantu Nenek memasak
Memasak menggunakan pisang
Bantu menyelamatkan Lili daripada diculik.



Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
Kurang yakin dengan ubat tradisional yang Datuk sediakan
Isteri kepada Datuk
Percaya pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat)
Bakar kulit bawang putih untuk bau harum dalam rumah
Suka menyindir Datuk tentang ubat tradisional.
Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.



Geetha
Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu 
Siswa tahun pertama jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
Anak Letchumi yang ada kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang Datuk sediakan.
Menjadi Akrab Dengan Lili. 
Seorang Yang Tepati Janji.


Abang Rashid 
Sering membantu Datuk dan Nenek 
Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke kampung. 
Mengutip buah dari kebun Datuk 
Belum berkahwin


Ibu Lili 
Suka seni taman ala Bali yang penuh reka bentuk aan tumbuhan 
Tanam herba pembuka selera makan 
Tidak kisah ilmu agama akibat kecuaian Datuk 
Gemar belajar silat. 
Belajar di luar negara 
Menjawat jawatan penting.

Rafiq Dan Haziq 
Anak remaja berumur belasan tahun. 
Menduduki PMR
Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah 
Memulas tangan Lili dan menculik Lili 
Menggunakan senjata tajam dan mengacukan di leher Lili 
Berubah sikap menjadi lebih baik.

Seman
Suami Che Jah 
Kaki judi, berhutang dan minum arak
Melarikan kubah surau 
Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk 
Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalani pemulihan akidah.

Persoalan Dalam Novel Jendela Menghadap Jalan




1. Persoalan Masalah Kepincangan Rumah Tangga seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.



2. Persoalan Keagamaan – Dalam perjuangan membina surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina surau bagi tujuan keagamaan.



3. Persoalan Persahabatan – Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.



4. Persoalan Perpaduan Antara Kaum – Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.



5. Persoalan Menuntut Ilmu Pengetahuan – Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.



6. Persoalan Golongan Muda Yang Terjebak Masalah Dadah – Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.



7. Persoalan Hubungan Kekeluargaan Antara Anak dan Ibu Bapa – Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga mengganggap kampung terlalu jumud.  Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.



8. Persoalan Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar – Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.



9. Persoalan Suka Fitnah Memfitnah Dalam Masyarakat – Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.



10. Persoalan tentang sikap prihatin - Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.



11. Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung - Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.

Tema Novel Jendela Menghadap Jalan

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit)

Novel Jendela Menghadap jalan membawa tema kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.

Semasa berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur untuk mengadu masalah.

Dia berusaha   sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat yang kental.

Walaupun pernah ditahan dikurung dan diikat oleh Haziq dan Rafiq di sebuah pondok buruk, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya.

Peristiwa itu menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Haziq dan Rafiq dan seterusnya cuba membantu.

Lili cekal mengikuti perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu  yang menghadap jalan.