1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.
2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama am abstrak
b. Kata nama am konkrit
a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya:
mimpi, diktator, kehendak
sengsara, idaman, perhimpunan
b.
Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau
dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:
danau, guru, awan
kucing, titi, asap
3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;
i. Kereta itu berwarna hitam.
ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.
iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.
iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.
Rujukan dan PdPR Online Untuk Pelajar Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5) SMK Tanjung Pauh Jitra Kedah Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PDPR 3.0 sedang berlangsung. Bukan untuk tatapan umum atau perniagaan.
Sabtu, 13 November 2021
Kata Nama Am
Selasa, 9 November 2021
BAHAN BACAAN LUAS
Baca petikan di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul. Kemudian senaraikan proses perancangan bahasa.
Bahan ini juga boleh didapati dalam Buku Teks BM Tingkatan 4, muka surat 139
Isnin, 8 November 2021
Sabtu, 30 Oktober 2021
caklempong
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian berikan makna untuk perkataan yang disenaraikan di bawah.
LATIHAN
Berikan makna setiap perkataan di bawah .
|
Perkataan |
Makna |
|
tradisional |
|
|
diatonik |
|
|
bonang |
|
|
kromatik |
|
|
orkestra |
|
|
generasi |
|
|
kelestarian |
|
Selasa, 26 Oktober 2021
Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua
ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil
daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan
ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
Ayat utama Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Latihan
Ahad, 24 Oktober 2021
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama.Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.
Contoh: Amat sakit
| amat | sakit |
| penguat | Adjektif |
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.
| Jenis kata adjektif | Contoh perkataan |
| Kata adjektif sifatan atau keadaan | Baik,jahat,cerdik,gopoh,lemah,kasar, sihat,sakit |
| Kata adjektif warna | Merah, ungu,kelabu,jingga,perang,biru, hijau |
| Kata adjektif ukuran | Panjang,pendek,tinggi,rendah,tebal,nipis, kerdil ,renek |
| Kata adjektif bentuk | Bulat,lonjong,bujur,bundar,leper, bengkok,lurus,kempis ,lekuk |
| Kata adjektif waktu | Baharu,lama,segera,suntuk,silam, lampau,lewat,cepat,lambat,awal |
| Kata adjektif jarak | Jauh,dekat,hampir,nyaris |
| Kata adjektif cara | Cepat,deras,laju,lambat,perlahan,lincah, sering,selalu |
| Kata adjektif perasaan | Rindu,benci,segan,suka,gembira,ragu, kasih, sayang,cinta |
| Kata adjektif pancaindera | Sedap,manis,lemak,cantik,comel,segak, bising, lunak,serak, harum,hancing,hapak,halus, lembap,keras, kasar. |
Ahad, 10 Oktober 2021
KARANGAN DOMAIN AWAM - Membantu OKU
Jawab soalan karangan di bawah. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
KUALA LUMPUR: Hanya 2.4 peratus daripada 581,265 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata peratusan itu masih rendah.
Setakat 31 Oktober lalu, beliau berkata, sebanyak 12,161 perniagaan didaftarkan di bawah skim itu.
MSN News, 2.12.2020
Berdasarkan berita di atas, usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.
Tulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini.
JAWAPAN
Pendahuluan
Tajuk dan nama penulis - Orang kelainan upaya merupakan nkanak-kanak atau orang dewasa yang cacat fizikal atau mental – menghalang mereka daripada melakukan aktiviti - perlukan bantuan atau sokongan – mereka juga boleh menyumbang untuk negara
Isi-isi Penting
(a) Menerima kehadiran mereka - tidak diasingkan dalam searang majlis atau aktiviti – mereka juga mempunyai perasaan dan keinginan seperti manusia normal - membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin
(b) Penyedian peluang-peluang untuk mendapatkan kemahiran – peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan – pusat-pusat latihan seperti Giat MARA, Kolej Komuniti dan Pusdat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat (JARO)
(c) Pemberian bantuan dalam bentuk barangan dan kewangan – peruntukan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat - meringankan beban golongan OKU
(d) Peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi – Sistem Pendidikan Khas diperkenalkan di seluruh Malaysia – pihak kerajaan memastikan Pusat Pengajian Tinggi memberikan tempat untuk golongan OKU menyambung pelajaran
(e) Pihak swasta digalakkan mengambil golongan OKU sebagai pekerja – syarikat mendapat pengiktirafan dan mendapat pelepasan cukai – mengambil pekerja OKU sebagai pekerja dalam bidang pengeluaran dan pengkeranian
Penutup
Golongan OKU merupakan golongan yang mampu menyumbang untuk pembangunan negara – perlu bantuan dan sokongan agar keupayaan mereka menyerlah – sesuai dengan peribahasa “muafakat memawa berkat”