Ahad, 13 Disember 2020

LATIHAN MENGOLAH KARANGAN

 Jawab soalan karanga di bawah. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

 

1.      Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Tulis sebuah rencana untuk  disiarkan dalam akhbar tempatan tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini.

JAWAPAN

 Pendahuluan

Tajuk dan nama penulis - Orang kelainan upaya merupakan nkanak-kanak atau orang dewasa yang cacat fizikal atau mental – menghalang mereka daripada melakukan aktiviti  - perlukan bantuan atau sokongan – mereka juga boleh menyumbang untuk negara

Isi-isi Penting

(a)   Menerima kehadiran mereka  - tidak diasingkan dalam searang majlis atau aktiviti – mereka juga mempunyai perasaan dan keinginan seperti manusia normal - membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin

(b)   Penyedian peluang-peluang untuk mendapatkan kemahiran – peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan – pusat-pusat latihan seperti Giat MARA, Kolej Komuniti dan Pusdat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat (JARO)

(c)   Pemberian bantuan dalam bentuk barangan dan kewangan – peruntukan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat - meringankan beban golongan OKU

(d)   Peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi – Sistem Pendidikan Khas diperkenalkan di seluruh Malaysia – pihak kerajaan memastikan Pusat Pengajian Tinggi memberikan tempat untuk golongan OKU menyambung pelajaran

(e)   Pihak swasta digalakkan mengambil golongan OKU sebagai pekerja – syarikat mendapat pengiktirafan dan mendapat pelepasan cukai – mengambil pekerja OKU sebagai pekerja dalam bidang pengeluaran dan pengkeranian

Penutup

Golongan OKU merupakan golongan yang mampu menyumbang untuk pembangunan negara – perlu bantuan dan sokongan agar keupayaan mereka menyerlah – sesuai dengan peribahasa “muafakat memawa berkat”

 

 

 

 

7 ulasan: