Rabu, 2 Disember 2020

MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (SOALAN 3C KERTAS 2)

 CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

Soalan 1

i. Ajensi kerajaan dan swasta menggesa agar membuka peluang kepada golongan kurang upaya untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran.

ii. Menyaksikan keindahan kehidupan laut yang dihuni oleh pelbagai spesis ikan dan terumbu karang semasa menyelam sudah tentu mengasyikkan.

iii. Pengguna jalanraya perlu peka dengan modus operandi kumpulan jenayah yang gunakan kaedah melanggar kenderaan mangsa sebagai taktik untuk menyamun.

[6 markah]

 

No. Soalan

Kesalahan

Pembetulan

( i )

 

ajensi

menggesa

agensi

digesa

( ii )

 

spesis

kehidupan

spesies

hidupan

( iii )

 

jalanraya

jenayah

jalan raya

penjenayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan