Sabtu, 13 November 2021

Kata Nama Am

 1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada orang, binatang, benda atau tempat secara am atau secara umum.

2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. Kata nama am abstrak
b. Kata nama am konkrit

a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya:

mimpi, diktator, kehendak
sengsara, idaman, perhimpunan


b. Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya:

danau, guru, awan
kucing, titi, asap

3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat;

i. Kereta itu berwarna hitam.

ii. Ular itu sedang membelit mangsanya.

iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran.

iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.

Selasa, 9 November 2021

BAHAN BACAAN LUAS

 Baca petikan di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul. Kemudian senaraikan proses perancangan bahasa.

Bahan ini juga boleh didapati dalam Buku Teks BM Tingkatan 4, muka surat 139




Isnin, 8 November 2021

Sabtu, 30 Oktober 2021

caklempong

 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian berikan makna untuk perkataan yang disenaraikan di bawah.


LATIHAN

Berikan makna setiap perkataan di bawah .

Perkataan

Makna

tradisional

 

 

diatonik

 

 

bonang

 

 

kromatik

 

 

 orkestra

 

 

generasi

 

 

kelestarian

 

 

 

 

Selasa, 26 Oktober 2021

Kata Hubung

 
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.


Kata Hubung Gabungan


 

Kata Hubung Pancangan

 Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
         Ayat utama                        Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

 


 

Latihan


 

Ahad, 24 Oktober 2021

Kata Adjektif

 

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama.Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.

Contoh: Amat sakit

amat

sakit

penguat

Adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.

Jenis kata adjektif

Contoh perkataan

Kata adjektif sifatan atau keadaan

Baik,jahat,cerdik,gopoh,lemah,kasar,

sihat,sakit

Kata adjektif warna

Merah, ungu,kelabu,jingga,perang,biru,

hijau

Kata adjektif ukuran

Panjang,pendek,tinggi,rendah,tebal,nipis,

kerdil ,renek

Kata adjektif bentuk

Bulat,lonjong,bujur,bundar,leper,

bengkok,lurus,kempis ,lekuk

Kata adjektif waktu

Baharu,lama,segera,suntuk,silam,

lampau,lewat,cepat,lambat,awal

Kata adjektif jarak

Jauh,dekat,hampir,nyaris

Kata adjektif cara

Cepat,deras,laju,lambat,perlahan,lincah,

sering,selalu

Kata adjektif perasaan

Rindu,benci,segan,suka,gembira,ragu,

kasih, sayang,cinta

Kata adjektif pancaindera

Sedap,manis,lemak,cantik,comel,segak,

bising, lunak,serak, harum,hancing,hapak,halus, lembap,keras, kasar.

Ahad, 10 Oktober 2021

KARANGAN DOMAIN AWAM - Membantu OKU

 

 Jawab soalan karangan di bawah. Karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

 

 

KUALA LUMPUR: Hanya 2.4 peratus daripada 581,265 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata peratusan itu masih rendah.

Setakat 31 Oktober lalu, beliau berkata, sebanyak 12,161 perniagaan didaftarkan di bawah skim itu.

MSN News, 2.12.2020 


Berdasarkan berita di atas, usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Tulis sebuah rencana untuk  disiarkan dalam akhbar tempatan tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini.

JAWAPAN

 Pendahuluan

Tajuk dan nama penulis - Orang kelainan upaya merupakan nkanak-kanak atau orang dewasa yang cacat fizikal atau mental – menghalang mereka daripada melakukan aktiviti  - perlukan bantuan atau sokongan – mereka juga boleh menyumbang untuk negara

Isi-isi Penting

(a)   Menerima kehadiran mereka  - tidak diasingkan dalam searang majlis atau aktiviti – mereka juga mempunyai perasaan dan keinginan seperti manusia normal - membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin

(b)   Penyedian peluang-peluang untuk mendapatkan kemahiran – peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan – pusat-pusat latihan seperti Giat MARA, Kolej Komuniti dan Pusdat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat (JARO)

(c)   Pemberian bantuan dalam bentuk barangan dan kewangan – peruntukan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat - meringankan beban golongan OKU

(d)   Peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi – Sistem Pendidikan Khas diperkenalkan di seluruh Malaysia – pihak kerajaan memastikan Pusat Pengajian Tinggi memberikan tempat untuk golongan OKU menyambung pelajaran

(e)   Pihak swasta digalakkan mengambil golongan OKU sebagai pekerja – syarikat mendapat pengiktirafan dan mendapat pelepasan cukai – mengambil pekerja OKU sebagai pekerja dalam bidang pengeluaran dan pengkeranian

Penutup

Golongan OKU merupakan golongan yang mampu menyumbang untuk pembangunan negara – perlu bantuan dan sokongan agar keupayaan mereka menyerlah – sesuai dengan peribahasa “muafakat memawa berkat”

 

 

 

Selasa, 5 Oktober 2021

PBD MEMBACA DAN MENULIS

 ARAHAN

1. Baca petikan di bawah dengan gaya dan intonasi yang sesuai.

2. Rakam bacaan anda dan hantar kepada saya melalui WhatSapp. pastikan dikirim dalam group BM, bukan secara peribadi.

3. Selepas itu, tulis semula perenggan pertama cerita Singapura Diserang Todak menggunakan Bahasa Melayu moden. Tulis dalam buku latihan anda.


 


Sabtu, 2 Oktober 2021

KARANGAN RESPONS TERHAD

 Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang pengambilan Vaksin Covid-19.

Huraian anda antara 150 hingga 200 patah perkataan.    (30 markah)




Isnin, 27 September 2021

PERIBAHASA

Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman. 

 1. Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras. Maksudnya: Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya dengan senang. Peribahasa ini mengajak kita untuk bekerja keras mengumpu duit dan harta kerana dalam dunia yang serba mencabar ini, segalanya memerlukan duit. 

Contoh ayat untuk peribahasa ini ialah: "Tahun ini Haji Razak akan menunaikan haji sekali lagi, sunggguhlah kata orang tua, ada padi, semua kerja jadi ". 

 

2. Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas. Maksudnya: Setiap kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kebaikan, sebegitu juga sekiranya kita membuat kejahatan, pastinya akan dibalas dengan kejahatan juga. Peribahasa ini merupakan satu peringatan kepada kita supaya sentiasa berbuat baik dan elakkan daripada berbuat jahat kepada orang lain. 

Contoh ayat untuk peribahasa ini ialah: "Terima kasih kerana sudi memulangkan semula dompet saya yang tercicir ini. Ada ubi ada batas, ada budi akan dibalas."

 

3. Ada udang di sebalik batu.  Maksudnya: Seseorang yang mempunyai agenda tersembunyi di sebalik perlakuaannya. Peribahasa ini memperkatakan tentang seseorang yang melakukan sesuatu perkara dengan niat lain yang tersembunyi. 

Contoh ayat yang boleh dibina dengan menggunakan peribahasa ini ialah: "Sejak Latifah bekerja di kedai Mak Limah, semakin kerap Halim singgah dan duduk lama di sana, ini mesti ada udang di sebalim batu ". 

 

 LATIHAN 

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. 

 1. Tiap-tiap petang Kamalia dan rakan-rakannya bersiar-siar di taman bunga itu untuk menghilangkan penat. 

2. Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan. 

3. Apabila kita berada di rantau orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam tempat tersebut. 

4. Mak Mah mendidik dan menjaga anak tirinya dengan penuh kasih sayang. 

5. Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan. 

6. Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa rasa jemu. 

7. Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba. 

8. Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa.

Sabtu, 25 September 2021

TUGASAN UNTUK TING. 4 DAN TING. 5

Bagi murid Ting. 4, sila buka buku teks muka surat 132 dan 133. Baca petikan yang bertajuk Sasterawan Dari Utara.

Berdasarklan maklumat yang anda baca, catatkan dua kelebihan karya Azizi Hj. Abdullah. Salin catatan anda ke dalam  buku latihan.



Bagi murid Ting. 5, sila buka buku teks muka surat 144 dan 145. Baca petikan yang bertajuk Selingkar kisah perjuangan..

Berdasarklan maklumat yang anda baca, catatkan dua kepentingan menjaga keselamatan negara. Salin catatan anda ke dalam  buku latihan.



Selasa, 21 September 2021

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

Antarabangsa

kerjasama

suruhanjaya

Beritahu

olahraga

tandatangan

Bumiputera

matahari

tanggungjawab

Jawatankuasa

setiausaha

warganegara

Kakitangan

sukarela

pesuruhjaya

 

 

 

Sabtu, 18 September 2021

Bentuk-Bentuk Kata Majmuk

 

Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

Bentuk-bentuk kata majmuk:

1.       Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contoh:

gambar rajah

kuning langsat

biru laut

jalan raya

luar biasa

merah muda

tengah hari

jam tangan

kapal terbang

nasi minyak

bandar raya

bom tangan

alat tulis

meja tulis

terima kasih

kipas angin

 

*kategori ini juga termasuk gelaran

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

 

2.       Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.

Contoh;

garis pusat

kertas kerja

cari gali

pita suara

darah panas

reka bentuk

model linear

mata pelajaran

kanta lekap

segi tiga

batu kapur

 

atur cara

kemas kini

 

 

3.       Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) Contoh:

kaki ayam

pilih kasih

duit kopi

kaki bangku

makan angin

buah tangan

manis mulut

anak emas

buah hati

berat tangan

 

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

Antarabangsa

kerjasama

suruhanjaya

Beritahu

olahraga

tandatangan

Bumiputera

matahari

tanggungjawab

Jawatankuasa

setiausaha

warganegara

Kakitangan

sukarela

pesuruhjaya

 

 

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum. Contohnya:

a. Kata nama

peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang

b. Kata adjektif

sukacita, dukacita

c. Kata sendi nama

kepada, daripada

d. Kata hubung

apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala

e. Kata tanya

bagaimana

 

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya:

Tunggal

Jamak

alat tulis

alat-alat tulis

gambar rajah

gambar-gambar rajah

balai raya

balai-balai raya

kapal terbang

kapal-kapal terbang

Menteri Besar

Menteri-menteri besar

suku kata

suku-suku kata

garis pusat

garis-garis pusat

 

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

Tunggal

Jamak

pesuruhjaya

pesuruhjaya-pesuruhjaya

warganegara

warganegara-warganegara

tandatangan

tandatangan-tandatangan

jawatankuasa

jawatankuasa-jawatankuasa

setiausaha

setiausaha-setiausaha

 

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.

 

Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.

 

 

Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.

Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.

 

Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.

Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.

 

Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan dan dikuatkuasakan.

 

Cara Mengenal Kata Majmuk


Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:

       Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan.

       Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.           Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan   Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.

Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:

       Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.

       Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.

 


Golongan Kata Majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut ini.

Penggolongan Kata Majmuk

Contoh Perkataan

Kata Nama Majmuk

guru besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor,  ketua murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha.

Kata Kerja Majmuk

hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan.

Kata Adjektif Majmuk

merah jambu. Terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita.

Kata Tugas Majmuk

bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi.

 

Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.

Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja.

 Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu (X)

Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√)

Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)

Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)