Sabtu, 18 September 2021

Bentuk-Bentuk Kata Majmuk

 

Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

Bentuk-bentuk kata majmuk:

1.       Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contoh:

gambar rajah

kuning langsat

biru laut

jalan raya

luar biasa

merah muda

tengah hari

jam tangan

kapal terbang

nasi minyak

bandar raya

bom tangan

alat tulis

meja tulis

terima kasih

kipas angin

 

*kategori ini juga termasuk gelaran

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

 

2.       Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.

Contoh;

garis pusat

kertas kerja

cari gali

pita suara

darah panas

reka bentuk

model linear

mata pelajaran

kanta lekap

segi tiga

batu kapur

 

atur cara

kemas kini

 

 

3.       Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) Contoh:

kaki ayam

pilih kasih

duit kopi

kaki bangku

makan angin

buah tangan

manis mulut

anak emas

buah hati

berat tangan

 

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

Antarabangsa

kerjasama

suruhanjaya

Beritahu

olahraga

tandatangan

Bumiputera

matahari

tanggungjawab

Jawatankuasa

setiausaha

warganegara

Kakitangan

sukarela

pesuruhjaya

 

 

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum. Contohnya:

a. Kata nama

peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang

b. Kata adjektif

sukacita, dukacita

c. Kata sendi nama

kepada, daripada

d. Kata hubung

apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala

e. Kata tanya

bagaimana

 

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya:

Tunggal

Jamak

alat tulis

alat-alat tulis

gambar rajah

gambar-gambar rajah

balai raya

balai-balai raya

kapal terbang

kapal-kapal terbang

Menteri Besar

Menteri-menteri besar

suku kata

suku-suku kata

garis pusat

garis-garis pusat

 

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

Tunggal

Jamak

pesuruhjaya

pesuruhjaya-pesuruhjaya

warganegara

warganegara-warganegara

tandatangan

tandatangan-tandatangan

jawatankuasa

jawatankuasa-jawatankuasa

setiausaha

setiausaha-setiausaha

 

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.

 

Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.

 

 

Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.

Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.

 

Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.

Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.

 

Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan dan dikuatkuasakan.

 

Cara Mengenal Kata Majmuk


Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:

       Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan.

       Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.           Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan   Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.

Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:

       Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.

       Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.

 


Golongan Kata Majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut ini.

Penggolongan Kata Majmuk

Contoh Perkataan

Kata Nama Majmuk

guru besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor,  ketua murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha.

Kata Kerja Majmuk

hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan.

Kata Adjektif Majmuk

merah jambu. Terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita.

Kata Tugas Majmuk

bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi.

 

Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.

Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja.

 Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu (X)

Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√)

Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)

Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan