Rabu, 20 Januari 2021

MENCARI KESALAHAN DALAM AYAT

 Assalamualaikum,

Kita teruskan pembelajaran untuk tahun 2021 ini dengan tumpuan pada bahagian tatabahasa. Saya akan memberikan beberapa contoh kesalahan yang lazim dilakukan oleh murid. 

Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul)

membincangkan akan hal itu (salah)
membincangkan tentang hal itu. (betul)

Berbincang akan hal itu. (salah)
Berbincang tentang hal itu. (betul)

dengan/dalam lain perkataan. (salah)
dengan perkataan lain (betul)

hadirin hadirat sekalin (salah)
hadirin sekalian (betul)

balik kampung (salah)
balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll)

mertua (salah)
mentua (betul)

jangan pandang belakang (salah)
jangan pandang ke belakang (betul)

Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)
Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul)

mulai dari sekarang. (salah)
mulai sekarang (betul)
Bermula dari sekarang (betul)

Ahli bomba (salah)
Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja.

baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran
baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan

 setengah murid (salah)
sesetengah murid (betul)

ada pekerja-pekerja (salah)
ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan)

daun-daun kering berguguran (salah)
daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan.

bintang-bintang berkerdipan (salah)
bintang berkerdipan (betul)

Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)
Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja.

tengahari(salah)
tengah hari (betul)

Daku terkenang akan dia (salah)
Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan)

sarapan pagi (salah)
sarapan (betul)- 'sarapan' memang digunakan hanya untuk makan pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan 'pagi.'

layan diri (salah)
swalayan (betul)

cenderahati (salah)
cenderamata (betul)

pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan
pedalaman (betul)

perasmian penutup majlis (salah)
perasmian penutupan majlis (betul)

 

Disalin daripada Laman Bahasa Melayu SPM

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan