Ahad, 28 Februari 2021

LATIHAN MEMBUAT KARANGAN UMUM - DOMAIN AWAM

 Arahan

Latihan ini dipecahkan kepada 3 kelas pembelajaran dalam seminggu

Masa Pertama - murid diminta membina bahagian Pemdahuluan dan Isi Pertama

Masa Kedua - murid diminta membina Isi kedua dan Isi ketiga

Masa Ketiga - murid diminta membina Isi Keempat, Isi Kelima dan Penutup

 

Soalan

SESAK dan daif. Itu keadaan rumah Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang Tua-Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) di Taman Kinta Perdana, Lahat, Ipoh yang menempatkan 25 penghuni warga emas.

Rumah kebajikan diuruskan secara sukarela oleh pasangan suami isteri itu berdepan masalah kekurangan dana bagi menampung keseluruhan perbelanjaan pengurusan melebihi RM10,000 sebulan.

MyMetro:8 Mac 2018

Rumah Orang Tua yang terletak di kampung anda berada dalam keadaan uzur. Sebagai Ahli Jawatankuasa Kampung, anda ingin memohon sumbangan dan bantuan daripada orang ramai bagi membaiki bangunan dan kemudahan di tempat tersebut. Tulis  sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan bagi mencapai maksud tersebut.

Tulis rencana itu selengkapnya.

 

 Rangka Karangan

Pendahuluan

Menjelaskan latar belakang rumah orang tua tersebut – dibina oleh masyarakat setempat – diuruskan oleh Jawatankuasa Kampung dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bekalan makanan dan pengurusan – perkara lain diusahakan sendiri oleh Jawatankuasa Pengurusan

Isi-Isi Penting

1.       Isi Utama - Keadaan bangunan yang daif – dinding ada yang terkopak – bumbung dan lantai berlubang – apabila hujan, tempias air hujan memasuki bangunan  - menyebabkan penghuni tidak selesa

2.       Bangunan menjadi sempit kerana bilangan penghuni bertambah – keluasaan bangunan masih seperti asal, namun penghuni telah bertambah sekali ganda –perlu tambahan bangunan untuk menampung bilangan penghuni yang sedia ada

3.       Kemudahan-kemudahan yang terhad – peralatan sukan serba kekurangan – komputer yang ada telah ketinggalan zaman – tidak sesuai dengan perkembangan semasa

4.       Kekurangan bahan bacaan dan terkini – kitab-kitab telah usang kerana kerap dibaca- perlu bekalan majalah dan akhbar harian untuk kemudahan penghuni

5.       Bil-bil yang semakin meningkat – bil air, elektrik, telefon dan internet - bergantung kepada sumbangan penduduk setempat – terdapat penghuni yang menyumbang kepada pengurusan, tetapi dalam jumlah yang kecil

Kesimpulan

Merayu orang ramai memberi sumbangan – sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun dan alamat yang diberikan


 

Selasa, 23 Februari 2021

KATA GANTI NAMA

 Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.




 (Rujuk Blog Laman Bahasa Melayu)


Latihan 

 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Bryan seorang murid yang pintar  ____ belajar di kelas 6 jujur.
A Hamba
B patik
C saya
D Dia

2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A  Beta
B  Saya
C patik
D kami

3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata  Devi kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia

4  “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A  kami
B beliau
C Kita
D saya

5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada  sultan.
A  Hamba
B beta
C baginda
D Patik

6  Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A  dia
B mereka
C anda
D beliau

7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun.  _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
A baginda
B beta
C hamba
D patik

8  “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A  baginda
B  beta
C hamba
D patik

9  Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A  anda
B -nya
C dia
D ia

10  ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D kami

11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A  kalian
B  engkau
C  kami
D saya

12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
A  saya
B  mereka
C  dia
D kamu

13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu.  ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A  Beliau
B  Baginda
C  beta
D  patik

14  “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A  kamu
B kalina
C aku
D dia

15 “Bilakah  _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba

16  “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus  dan Johan kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya

17 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri.  _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.
A  Mereka
B Engkau
C Kita
D anda

18 “Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
A dia
B kita
C kamu
D saya

19 _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A  hamba
B  beliau
C  baginda
D  mereka

20  _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D -nya 

(Rujuk Blog Soalan-soalan Latihan Bahasa Malaysia) 

 

 

Isnin, 15 Februari 2021

AYAT DASAR BAHASA MELAYU

 

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

i.  Frasa Nama + Frasa Nama
    FN + FN
    Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
    FN + FK
   Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK)

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
     FN + FK
     Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
     FN + FS
     Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
 
 
LATIHAN MENJAWAB SOALAN
 

 

Nyatakan pola  ayat dasar sama ada FN+FN,  FN+FK,  FN+FA,  FN+FS 

 (i)        Pengemis warga asing itu merayu simpati orang ramai yang lalu-lalang di situ.

(ii)       Sumbangan sektor perkilangan amat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

(iii)      Encik Ahmad guru cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah itu.

(iv)      Baka padi baharu itu dari luar negara.

(v)       Kawasan lereng bukit sudah ditarah hingga gondol.

(vi)        Kereta buatan tempatan sangat laris di pasaran berbanding dengan kereta import.

                                                                            (6 markah) 


ARAHAN: Salin soalan i hingga vi dan berikan jawapan di bawah soalan yang disalin itu.


Selasa, 9 Februari 2021

PENGENALAN KEPADA NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

 MAKSUD NOVEL

 Menurut Rahman Shaari (2001:65), novel ialah karya fiksyen yang panjang.  Di dalamnya terdapat watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen yang lain.  Ceritanya mengandungi konflik , percubaan menyelesaikan konflik, puncak dan peleraian.  Selain itu , novel juga merupakan karangan berbentuk fiksyen atau cereka, iaitu cerita rekaan.  Nove; ialah cerita panjang yang ditulis dan dikarang dalam bentuk prosa.  Novel dikategorikan sebagai prosa naratif yang sama seperti cerpen.  Jumlah perkataan merupakan ukuran yang digunakan bagi mengkategorikan prosa naratif.  Misalnya, cerita yang mengandungi antara 20 000 – 50 000 patah perkataan dikategorikan sebagai ‘novella’, manakala cereka yang mengandungi lebih daripada 50 000 patah perkataan dikategorikan sebagai novel.

Menurut Shanon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1999), mendifinisikan novel sebagai satu bentuk pentadsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka.  Ia merupakan satu rangkuman tiga faktor utama yang bersaling kait antara satu sama lain, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup dan imaginasi.   Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1999), menyatakan novel umumnya merupakan karya panjang dan kompleks sifatnya dengan unsur-unsur utamanya seperti plot, perwatakan, latar dan sudut pandangan.  Lebih terperinci lagi novel adalah sebuah roman yang singkat atau dikenali juga sebagai sebuah prosa panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan.
 
Menurut Siti Hajar (2009), perkataan ‘novel’ berasal daripada bahasa Itali ‘novella’, daripada bahasa Sepanyol ‘novela’ dan daripada bahasa Perancis ‘nouvelle’ yang bermaksud ‘ sebuah kisah’ atau ‘sepotong berita’.  Terdapat konflik bagi genre kesusasteraan abad ke-17, iaitu antara karya roman yang panjang dengan novel pendek untuk dibawa kepada definisi novel pada hari ini.  Namun demikian, novel lebih panjang dan lebih kompleks berbanding dengan cerpen dan sekurang-kurangnya mengandungi 40 000 patah perkataan.  Novel bukanlah karangan berbentuk fakta.  Penulis novel disebut novelis.
 
Selanjutnya lagi, sebuah novel menceritakan tentang watak dan perlakuan mereka dalam kehidupan dengan menitikberatkan ciri naratif.  Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk struktur atau format seperti drama dan sajak.  Ada pendapat yang mengatakan novel menceritakan kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia.  Konteks ini menerangkan bahawa daripada kejadian tersebutlah lahir sesuatu konflik dan pertikaian.  Ia merupakan kisah yang dibukukan dan dianggap sebagai sebuah karya fiksyen yang di dalamnya terkandung imaginasi pengarang.  Sebuah novel ada kaitan erat dengan masyarakat dan yang dapat dikatakan sebagai dokumentasi sosial.  Isinya juga ialah isi masyarakatnya yang menggambarkan perjuangan dalam kehidupan, pertentangan antara keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam, ketuhanan dan perasaan masyarakat yang bercampur baur dengan imaginasi dan lain-lain.

Akhir sekali, novel terdiri daripada tiga elemen utama, iaitu plot, perwatakan, latar dan gaya.  Pada umumnya, plot pula merujuk kepada ‘apa’, perwatakan merujuk kepada ‘siapa’ yang terlibat, latar menerangkan ‘dimana’ dan ‘bila’, manakala gaya pula merujuk kepada ‘bagaimana’ cerita tersebut.  Pandangan yang lain mengatakan novel perlu mempunyai elemen tambahan, iaitu tema, konflik dan gaya.  Novel yang baik dikatakan mengandungi unsur penceritaan, sudut pandangan dan dialog.

SINOPSIS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN 

 
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-­sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

   Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.