Isnin, 15 Februari 2021

AYAT DASAR BAHASA MELAYU

 

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

i.  Frasa Nama + Frasa Nama
    FN + FN
    Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
    FN + FK
   Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK)

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
     FN + FK
     Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
     FN + FS
     Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
 
 
LATIHAN MENJAWAB SOALAN
 

 

Nyatakan pola  ayat dasar sama ada FN+FN,  FN+FK,  FN+FA,  FN+FS 

 (i)        Pengemis warga asing itu merayu simpati orang ramai yang lalu-lalang di situ.

(ii)       Sumbangan sektor perkilangan amat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

(iii)      Encik Ahmad guru cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah itu.

(iv)      Baka padi baharu itu dari luar negara.

(v)       Kawasan lereng bukit sudah ditarah hingga gondol.

(vi)        Kereta buatan tempatan sangat laris di pasaran berbanding dengan kereta import.

                                                                            (6 markah) 


ARAHAN: Salin soalan i hingga vi dan berikan jawapan di bawah soalan yang disalin itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan