Maklumat di bawah berkaitan tentang langkah-langkah untuk menjadi atlet yang ternama.
Huraikan pendapat anda tentang isu di atas.
Panjang karangan anda antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Rangka Karangan
PENDAHULUAN |
Sukan bukan sekadar riadah – menjadi laluan untuk menonjolkan diri – menyertai pertandingan pada peringkat negara dan antarabangsa – kerjaya yang lumayan – ramai atlet yang telah berjaya – hebat seantero dunia |
ISI 1 |
TAHAP DISIPLIN YANG TINGGI |
Apa |
Disiplin diri sangat penting – mematuhi masa – semasa sesi latihan – mematuhi arahan jurulatih – tidak melanggar peraturan – tidak merokok dan minum minuman keras |
Bagaimana/Mengapa |
Dapat membantu diri ke arah kecemerlangan – Berjaya memenangi pertandingan |
Contoh |
Pendelela Rinong – Berjaya memenangi pingat di peringkat antarabangsa dengan memastikan disiplin diri yang tegas |
Kesimpulan |
Atlet yang hebat perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi – disegani oleh peserta negara lain |
ISI 2 |
AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT |
Apa |
Mengambil makanan yang dapat menghasilkan tenaga dan kesihatan tubuh badan |
Bagaimana/Mengapa |
Memastikan sentiasa cergas dan tangkas dalam pertandingan |
Contoh |
Mengikut saranan dalam piramid makanan |
Kesimpulan |
Dapat memastikan sentiasa cergas dalam setiap pertandingan yang disertai |
ISI 3 |
SEMANGAT KESUKANAN YANG LUAR BIASA |
Apa |
Menghormati lawan semasa dalam pertandingan |
Bagaimana/Mengapa |
Kemenangan diraikan dengan berpada-pada – kekalahan disambut dengan keazaman untuk memperbaiki diri – disegani lawan |
Contoh |
Datuk Lee Chong Wei bersalaman dengan lawan tidak kira menang atau kalah dalam pertandingan badminton |
Kesimpulan |
Semangat kesukanan menjadi seseorang atlet kelihatan hebat – sentiasa menghormati lawan dan permusuhan hanya di dalam gelanggang |
PENUTUP |
Atlet perlu mempunyai matlamat yang jelas – untuk mengharumkan nama negara – akan menjadi atlet yang ternama – menerima ganjaran yang lumayan apabila memenangi pingat |