Ahad, 23 Mei 2021

KARANGAN RANGSANGAN - MENJADI ATLET YANG TERNAMA

 

Maklumat di bawah berkaitan tentang langkah-langkah untuk menjadi atlet yang ternama.

Huraikan pendapat anda tentang isu di atas.

Panjang karangan anda antara 150 hingga 200 patah perkataan.

 

 

 Rangka Karangan

PENDAHULUAN

Sukan bukan sekadar riadah – menjadi laluan untuk menonjolkan diri – menyertai pertandingan pada peringkat negara dan antarabangsa – kerjaya yang lumayan – ramai atlet yang telah berjaya – hebat seantero dunia

ISI 1

TAHAP DISIPLIN YANG TINGGI

Apa

Disiplin diri sangat penting – mematuhi masa – semasa sesi latihan – mematuhi arahan jurulatih – tidak melanggar peraturan – tidak merokok dan minum minuman keras

Bagaimana/Mengapa

Dapat membantu diri ke arah kecemerlangan – Berjaya memenangi pertandingan

Contoh

Pendelela Rinong – Berjaya memenangi pingat di peringkat antarabangsa dengan memastikan disiplin diri yang tegas

Kesimpulan

Atlet yang hebat perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi – disegani oleh peserta negara lain

ISI 2

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Apa

Mengambil makanan yang dapat menghasilkan tenaga dan kesihatan tubuh badan

Bagaimana/Mengapa

Memastikan sentiasa cergas dan tangkas dalam pertandingan

Contoh

Mengikut saranan dalam piramid makanan

Kesimpulan

Dapat memastikan sentiasa cergas dalam setiap pertandingan yang disertai

ISI 3

SEMANGAT KESUKANAN YANG LUAR BIASA

Apa

Menghormati lawan semasa dalam pertandingan

Bagaimana/Mengapa

Kemenangan diraikan dengan berpada-pada – kekalahan disambut dengan keazaman untuk memperbaiki diri – disegani lawan

Contoh

Datuk Lee Chong Wei bersalaman dengan lawan tidak kira menang atau kalah dalam pertandingan badminton

Kesimpulan

Semangat kesukanan menjadi seseorang atlet kelihatan hebat – sentiasa menghormati lawan dan permusuhan hanya di dalam gelanggang

PENUTUP

Atlet perlu mempunyai matlamat yang jelas – untuk mengharumkan nama negara – akan menjadi atlet yang ternama – menerima ganjaran yang lumayan apabila memenangi pingat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan