Isnin, 17 Mei 2021

KARANGAN DOMAIN AWAM/MASYARAKAT/NEGARA (obesiti)

 

Isu: Obesiti Dalam kalangan Pelajar

Domain: Awam/Masyarakat/Negara

Karangan Jenis Rencana

 

 

Masalah obesiti dalam kalangan pelajar bukan perkara baharu, malah kadar yang makin meningkat mendorong kerajaan menjalankan pelbagai usaha, program, kempen dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran, di samping langkah pencegahan.

Antara faktor dikenal pasti menyumbang masalah obesiti membabitkan pelajar adalah kelemahan ibu bapa mendidik dengan pengetahuan makanan yang baik, gaya hidup sendiri dan sikap pengusaha kantin serta penjaja membekalkan makanan tidak seimbang.

Bimbang masalah obesiti dalam kalangan pelajar yang kian meruncing bakal menjadi permasalahan besar kepada negara, Kementerian Kesihatan melancarkan aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit menerusi program Bicara Meja Amalan Cara Hidup Sihat.

Sumber: Harian Metro, 4 November 2010

 

 

Petikan akhbar di atas menyentuh kebimbangan masyarakat tentang obesiti dalam kalangan pelajar.

Tulis sebuah rencana untuk membincangkan tentang punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

RANGKA KARANGAN

Perenggan

 

Pendahuluan

Masalah obesiti dalam kalangan pelajar yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat

Sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit

Obesiti menjadi penghalang terlibat dalam kegiatan kokurikulum

Boleh merencatkan pembangunan negara

Perenggan

Isi/Apa

Mengapa/Bagaimana

Contoh

Kesimpulan

Isi 1 (punca)

Amalan pemakanan  yang tidak seimbang

Pengambilan makanan yang mengandungi karbohaidrat, lemak dan berminyak

Makan nasi yang berlebihan, kurang sayuran dan makanan berserat

Pelajar perlu mengubah cita rasa dan corak pemakanan untuk mengelak obesiti

Isi 2 (punca)

Kurang melakukan aktiviti fizikal

Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan pergerakan anggota badan

Lebih suka Menonton televisyen dan bermain permainan komputer

Kadar metabolisme rendah dan membawa kepada pengumpulan lemak dalam badan

Isi 3 (punca)

Persekitaran dan tanggapan masyarakat

Kanak-kanak yang montel dan berisi disukai oleh golongan dewasa

Obesiti dianggap sebagai simbol keindahan atau kemakmuran

Tanggapan yang perlu difikirkan semula untuk kesihatan pelajar

Isi 4 (langkah mengatasi)

Peranan ibu bapa

 

Memastikan anak-anak mengambil makanan yang seimbang (piramid makanan)

Otak yang cergas terletak pada badan yang sihat

Menyediakan makanan di rumah untuk memudahkan kawalan

Sentiasa memantau kesihatan anak-anak

 

Isi 5 (langkah mengatasi)

Peranan pihak sekolah

Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti bersukan dan melibatkan pergerakan fizikal

Kawal penjualan makanan ringan

Mengadakan acara sukan Aktiviti kawad kaki dan senaman lebih kerap

saringan BMI Berasaskan Penilaian Sekolah merupakan salah satu strategi yang berkesan

Ujian SEGAK

 

Kesimpulan

Cadangan/Harapan

Obesiti merupakan satu masalah yang serius

Boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi

Pelajar merupakan aset negara yang sangat bernilai

Kerjasama semua pihak penting untuk mengatasi masalah ini

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan