Sabtu, 11 April 2020

Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat.
Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,
ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,
iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..
iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh
v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

Jumaat, 10 April 2020

Kata Majmuk

1. Kata majmuk ialah dua atau lebih kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu perkataan baru.

2. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:
a. Rangkai kata bebas. Contohnya gambar rajah, alat tulis dan biru laut

b.Istilah khusus: Contohnya hak milik, pita suara, segi tiga
c. Kiasan. Contohnya kaki ayam, buah hati , bulan madu


3. Bagi kata majmuk yang telah mantap, perkataan-perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan. Berikut adalah 15 kata majmuk yang telah mantap dan perlu dieja rapat.

Antarabangsa
Beritahu
Kerjasama
Sukarela
Warganegara
Jawatankuasa
Bumiputera
Kakitangan
Olahraga
Setiausaha
Matahari
Suruhanjaya
Pesuruhjaya
Tanggungjawab
Tandatangan

4. Apabila kata-kata  majmuk menerima imbuhan awalan dan akhiran. sahaja, perkataan-perkataan itu hendaklah dieja terpisah. Contohnya bercampur aduk, mengambil alih.

5. Sebaliknya apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan dan akhiran, kata majmuk tersebut dieja bercantum. Contohnya mencampuradukkan, diurusniagakan.

Khamis, 9 April 2020

Pemahaman Prosa Klasik SPM

Kemahiran yg telah lama ditinggalkan. Kali terakhir yang ingat sewaktu semester 2 di UUM semasa sambung belajar Master Bahasa Melayu Kontemporari.

Hari ini saya meneroka kembali cara2 membuat video untuk pengajaran.

Hasilnya, terciptalah video berikut. P&P Pemahaman Prosa Klasik.

Semoga bermanfaat untuk pelajar-pelajar yg akan menduduki SPM nanti.

PEMAHAMAN PROSA KLASIK SPM

Klik pada imej untuk melihat video.....


https://youtu.be/BERcdinm32k

Rabu, 8 April 2020

Karangan Umum - Peranan Hutan Kepada Kehidupan Dunia


1.    STRATEGI MENJAWAB SOALAN SPM

Langkah 1 – Memilih dan Menganalisis Soalan
Baca dan fahami semua soalan yang dikemukakan.
Pilih soalan yang sesuai dengan pengetahuan dan kemampuan anda untuk mengembangkan isi yang jelas dan tepat.
Pastikan anda tahu bentuk dan format karangan yang dipilih.
Kehendak soalan seperti kata kunci skop dan tema perlu dikenal pasti untuk memudahkan menjawab soalan.

Langkah 2 – Menulis Rangka Karangan
Langkah awal yang penting sebelum mengarang.
Dapat memberikan panduan dan pedoman agar tidak menyimpang dari kehendak soalan.
Rangka karangan dapat mengelakkan daripada berlaku pengulangan isi serta dapat  menentukan isi yang dikemukakan lengkap dengan huraian dan contoh yang sesuai.
Rangka karangan dapat memastikan anda menghasilkan perenggan yang seimbang dengan menganggarkan jumlah perkataan (tidak terlalu panjang dan pendek).
Rangka karangan terdiri daripada 3 komponen utama, iaitu:
Pendahuluan – satu perenggan
Isi-isi Penting – lima perenggan (lima isi)
Kesimpulan – satu perenggan
Formula Rangka Karangan seperti berikut:   Isi = Isi Utama + Huraian + Contoh + Kesimpulan
Tulis karangan anda dengan lebih daripada 350 patah perkataaan

Saya serakan satu contoh rangka karangan untuk latihan kepada pelajar. Berdasarkan rangka karangan ini, diharap pelajar dapat menulis karangan lengkap dengan hanya menyambung frasa-frasa yang diberikan menjadi ayat yang lengkap. 

Pastikan karangan anda melebihi 350 patah perkataan. Sekiranya tidak dapat sekali pun, pastikan karangan anda lengkap dan dapat dinilai dengan baik.





Hutan merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
 Jelaskan peranan hutan kepada hidupan di dunia ini.


Perenggan
Jenis Pendahuluan (Definisi)
Pendahuluan
Hutan merupakan kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok secara meliar dan bercampur-campur.
Pokok-pokok  dan samun tumbuh rapat-rapat hingga dapat menutupi bumi daripada terkena cahaya matahari.
Isi 1
Habitat flora dan fauna
Huraian: Tempat perlindungan binatang liar dan hidupan hutan diwartakan sebagai htan simpan
Contoh: Harimau, gajah dan kancil dapat hidup dalam habitat asalnya
Kesimpulan: Hutan dapat mengekalkan peranan sebagai habitat asal flora dan fauna
Isi 2
Kawasan rekreasi semula jadi dan ekopelancongan
Huraian: Kawasan hutan biasanya ada aliran sungai yang tidak terganggu dan memiliki hidupan yang akuatik
Contoh: Hutan Belum mempunyai hidupan seperti tapir, gajah dan ikan kelah.
Belum diganggu oleh pemburu haram
Kesimpulan: Menjadi tarikan kepada pelancong yang ingin menikmati kehijauan dan melihat hidupan liar
Isi 3
Kawasan tadahan air
Huraian: Hutan yang mapan dapat menyerap air
Contoh: Hutan Lipur menjadikan kita tidak putus bekalan air bersih
Kesimpulan: Menjamin bekalan air bersih untuk penduduk Malaysia
Isi 4
Punca pendapatan penduduk setempat
Huraian: Peluang untuk mencari rezeki dan menambah pendapatan
Contoh: Rotan, damar dan madu lebah merupakan barangan yang dapat diperoleh
Kesimpulan: Hutan penting dalam kehidupan penduduk setempat seperti orang asli
Isi 5
Tempat penyelidikan
Huraian: Medan pertemuan yang paling sesuai   untuk mengkaji hidupan liar dan pokok-pokok yang bernilai komersial
Contoh: Hutan paya bakau menjadi tempat persinggahan burung yang bermigrasi dan terdapat bunga reflisia
Kesimpulan: Hutan mempunyai nilai-nilai intrinsik yang masih belum terungkap dan sedia untuk dikaji

Kesimpulan
  
Cadangan: Sumber hutan handaklah diurus dengan lestari agar terus mmemberikan manfaat kepada manusia dan hidupan lain
Harapan: Pengurusan hutan secara mesra alam dapat mengekalkan keaslian hutan untuk generasi akan datang