1. STRATEGI MENJAWAB SOALAN SPM
Langkah 1 – Memilih dan Menganalisis
Soalan
Baca dan fahami semua
soalan yang dikemukakan.
Pilih soalan yang sesuai dengan pengetahuan dan
kemampuan anda untuk mengembangkan isi yang jelas dan tepat.
Pastikan anda tahu bentuk dan format karangan yang
dipilih.
Kehendak soalan seperti kata kunci skop dan tema perlu dikenal pasti untuk memudahkan menjawab
soalan.
Langkah 2 – Menulis Rangka Karangan
Langkah awal
yang penting sebelum mengarang.
Dapat
memberikan panduan dan pedoman agar
tidak menyimpang dari kehendak soalan.
Rangka karangan
dapat mengelakkan daripada berlaku pengulangan
isi serta dapat menentukan isi yang
dikemukakan lengkap dengan huraian dan contoh yang sesuai.
Rangka karangan
dapat memastikan anda menghasilkan perenggan yang seimbang dengan menganggarkan
jumlah perkataan (tidak terlalu panjang dan pendek).
Rangka karangan
terdiri daripada 3 komponen utama, iaitu:
Pendahuluan – satu perenggan
Isi-isi Penting – lima perenggan (lima isi)
Kesimpulan – satu perenggan
Formula Rangka
Karangan seperti berikut: Isi = Isi
Utama + Huraian + Contoh + Kesimpulan
Tulis karangan
anda dengan lebih daripada 350 patah perkataaan
Saya serakan satu contoh rangka karangan untuk latihan kepada pelajar. Berdasarkan rangka karangan ini, diharap pelajar dapat menulis karangan lengkap dengan hanya menyambung frasa-frasa yang diberikan menjadi ayat yang lengkap.
Pastikan karangan anda melebihi 350 patah perkataan. Sekiranya tidak dapat sekali pun, pastikan karangan anda lengkap dan dapat dinilai dengan baik.
Saya serakan satu contoh rangka karangan untuk latihan kepada pelajar. Berdasarkan rangka karangan ini, diharap pelajar dapat menulis karangan lengkap dengan hanya menyambung frasa-frasa yang diberikan menjadi ayat yang lengkap.
Pastikan karangan anda melebihi 350 patah perkataan. Sekiranya tidak dapat sekali pun, pastikan karangan anda lengkap dan dapat dinilai dengan baik.
Hutan merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara untuk
generasi akan datang.
Jelaskan peranan
hutan kepada hidupan di dunia ini.
Perenggan
|
Jenis Pendahuluan (Definisi)
|
Pendahuluan
|
Hutan merupakan kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok
secara meliar dan bercampur-campur.
Pokok-pokok dan
samun tumbuh rapat-rapat hingga dapat menutupi bumi daripada terkena cahaya
matahari.
|
Isi 1
Habitat flora dan fauna
|
Huraian: Tempat perlindungan binatang liar dan hidupan
hutan diwartakan sebagai htan simpan
|
Contoh: Harimau, gajah dan kancil dapat hidup dalam
habitat asalnya
|
|
Kesimpulan: Hutan dapat mengekalkan peranan sebagai
habitat asal flora dan fauna
|
|
Isi 2
Kawasan rekreasi semula jadi dan ekopelancongan
|
Huraian: Kawasan hutan biasanya ada aliran sungai yang
tidak terganggu dan memiliki hidupan yang akuatik
|
Contoh: Hutan Belum mempunyai hidupan seperti tapir,
gajah dan ikan kelah.
Belum diganggu oleh pemburu haram
|
|
Kesimpulan: Menjadi tarikan kepada pelancong yang ingin
menikmati kehijauan dan melihat hidupan liar
|
|
Isi 3
Kawasan tadahan air
|
Huraian: Hutan yang mapan dapat menyerap air
|
Contoh: Hutan Lipur menjadikan kita tidak putus bekalan
air bersih
|
|
Kesimpulan: Menjamin bekalan air bersih untuk penduduk
Malaysia
|
|
Isi 4
Punca pendapatan penduduk setempat
|
Huraian: Peluang untuk mencari rezeki dan menambah
pendapatan
|
Contoh: Rotan, damar dan madu lebah merupakan barangan
yang dapat diperoleh
|
|
Kesimpulan: Hutan penting dalam kehidupan penduduk
setempat seperti orang asli
|
|
Isi 5
Tempat penyelidikan
|
Huraian: Medan pertemuan yang paling sesuai untuk mengkaji hidupan liar dan
pokok-pokok yang bernilai komersial
|
Contoh: Hutan paya bakau menjadi tempat persinggahan
burung yang bermigrasi dan terdapat bunga reflisia
|
|
Kesimpulan: Hutan mempunyai nilai-nilai intrinsik yang
masih belum terungkap dan sedia untuk dikaji
|
|
Kesimpulan
|
Cadangan: Sumber hutan handaklah diurus dengan lestari
agar terus mmemberikan manfaat kepada manusia dan hidupan lain
|
Harapan: Pengurusan hutan secara mesra alam dapat
mengekalkan keaslian hutan untuk generasi akan datang
|
Alhamdulillah...terima kasih cikgu. Hari ni kami dapat mengarang walau pun mungkin tak sebaik mana. Yang penting kami dapat belajar.
BalasPadamTerima kasihn Cikgu Amin
Terima kasih cikgu
BalasPadamTerima kasih cikgu kerana beri tips ni
BalasPadam(Anas)
Moga dapat membantu...
BalasPadamAsyiqin
BalasPadam