Selasa, 3 Ogos 2021

PBD MEMBACA

 

Baca petikan di bawah dengan gaya dan intonasi yang tepat, kemudian, senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan.

Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.

Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial, misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi takkanlah perigi yang mencari timba. Begitu juga, seseorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.

        Sungguhnya kebanyakan peribahasa yang dicipta orang dahulu kala masih benar dan sahih sehingga kini, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sekiranya seluruh masyarakat berpegang pada fahaman sedemikian, selama itulah masyarakat tersebut akan menjaga dan memelihara khazanah yang ditinggalkan oleh nenek moyang. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya memusnahkan bangunan lama dan bersejarah agar anak cucu dapat mengenang kembali penderitaan pejuang negara untuk menuntut kemerdekaan, sanggup biar putih tulang, jangan putih mata.

         Sementara itu,peribahasa hutang darah dibayar darah pula tidak harus dipraktikkan kerana mendorong keluarga mangsa bertindak balas terhadap pembunuh. Sekiranya hal sedemikian dilakukan, masyarakat akan menjadi tidak tenteram. Pada masa sekarang kita mempunyai pasukan polis dan badan kehakiman, jadi biarlah mereka yang menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah dan manjatuhkan hukuman ke atas pesalah.        

Kesimpulannya, peribahasa-peribahasa yang diwariskan oleh nenek moyang kita dahulu masih relevan dengan suasana masyarakat pada hari ini dan seharusnya diamalkan demi kesejahteraan masyarakat, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Perpaduan dan kerukunan hidup perlu dipertahankan untuk kesejahteraan Malaysia.

 

 

SENARAI PERIBAHASA DALAM PETIKAN

 

Bilangan

Peribahasa

1

 

 

2

 

 

3

 

 

4

 

 

5

 

 

6

 

 

7

 

 

8

 

 

 

 

 

Ahad, 1 Ogos 2021

KATA ADJEKTIF


Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama.Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.

Contoh: Amat sakit

amat

sakit

penguat

Adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.

Jenis kata adjektif

Contoh perkataan

Kata adjektif sifatan atau keadaan

Baik,jahat,cerdik,gopoh,lemah,kasar,

sihat,sakit

Kata adjektif warna

Merah, ungu,kelabu,jingga,perang,biru,

hijau

Kata adjektif ukuran

Panjang,pendek,tinggi,rendah,tebal,nipis,

kerdil ,renek

Kata adjektif bentuk

Bulat,lonjong,bujur,bundar,leper,

bengkok,lurus,kempis ,lekuk

Kata adjektif waktu

Baharu,lama,segera,suntuk,silam,

lampau,lewat,cepat,lambat,awal

Kata adjektif jarak

Jauh,dekat,hampir,nyaris

Kata adjektif cara

Cepat,deras,laju,lambat,perlahan,lincah,

sering,selalu

Kata adjektif perasaan

Rindu,benci,segan,suka,gembira,ragu,

kasih, sayang,cinta

Kata adjektif pancaindera

Sedap,manis,lemak,cantik,comel,segak,

bising, lunak,serak, harum,hancing,hapak,halus, lembap,keras, kasar.