Baca petikan di bawah dengan gaya dan intonasi yang tepat, kemudian, senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan.
Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam
masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu.
Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan
secara kiasan atau sindiran, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut
tidak putus, tepung tidak berselerak. Teguran, nasihat, dan sindiran
dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.
Sesungguhnya tujuan utama
penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada
zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial, misalnya,
apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan
menggunakan peribahasa yang berbunyi takkanlah perigi yang mencari timba.
Begitu juga, seseorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu
untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, malu bertanya
sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
Sungguhnya kebanyakan peribahasa yang dicipta orang dahulu kala masih benar dan
sahih sehingga kini, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sekiranya
seluruh masyarakat berpegang pada fahaman sedemikian, selama itulah masyarakat
tersebut akan menjaga dan memelihara khazanah yang ditinggalkan oleh nenek
moyang. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya memusnahkan bangunan lama dan
bersejarah agar anak cucu dapat mengenang kembali penderitaan pejuang negara
untuk menuntut kemerdekaan, sanggup biar putih tulang, jangan putih mata.
Sementara itu,peribahasa hutang darah dibayar darah pula tidak harus dipraktikkan kerana mendorong keluarga mangsa bertindak balas terhadap pembunuh. Sekiranya hal sedemikian dilakukan, masyarakat akan menjadi tidak tenteram. Pada masa sekarang kita mempunyai pasukan polis dan badan kehakiman, jadi biarlah mereka yang menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah dan manjatuhkan hukuman ke atas pesalah.
Kesimpulannya, peribahasa-peribahasa yang diwariskan oleh nenek moyang kita dahulu masih relevan dengan suasana masyarakat pada hari ini dan seharusnya diamalkan demi kesejahteraan masyarakat, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Perpaduan dan kerukunan hidup perlu dipertahankan untuk kesejahteraan Malaysia.
SENARAI PERIBAHASA DALAM PETIKAN
Bilangan |
Peribahasa |
1
|
|
2
|
|
3
|
|
4
|
|
5
|
|
6
|
|
7
|
|
8
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan