Ahad, 29 November 2020

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN

 Pendahuluan

Petikan membincangkan faedah/kelebihan/manfaat kelas campur kepada murid-murid di negara ini/di Malaysia.  

Rumusan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat kelas campur kepada murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru.                                                                                                                 

 

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

 

1.         mampu meningkatkan motivasi pembelajaran dalam kalangan murid                                           

2.         meningkatkan imej dan harga diri murid yang lemah                                                                   

3.         memberi ruang kepada pembentukan persaingan yang positif dalam kalangan murid

yang kurang menyerlah untuk bertapak ke hadapan mengejar murid cemerlang                            

4.         dapat dipecahkan kumpulannya berbanding mengelompokkan mereka dalam kelas

yang lemah                                                                                                                                

5.         semangat kumpulan mereka turut dapat dipecahkan                                                                   

6.         dapat merangsang kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu                                               

7.         lebih adil dalam membentuk iklim bilik darjah yang positif                                                            

8.         menyediakan ruang pergaulan yang baik antara murid cemerlang dan murid lemah

di dalam bilik darjah                                                                                                                   

9.         dapat membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu                                                               

10.       memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah                                                         

 

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

 

1.         guru menanggung beban yang semakin banyak                                                                          

2.         guru terpaksa merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan murid                     

3.         guru terpaksa melatih murid mengikut keupayaan dalam menggarap ilmu dan

pengetahuan                                                                                                                             

4.         guru kurang menguasai kemahiran pembelajaran abad ke-21                                                      

5.         guru perlu menangani kepelbagaian masalah murid/disiplin                                                         

 

Kesimpulan [2 markah]

 

K1         Kesimpulannya, semua pihak perlulah menyokong pelaksanaan kelas campur di sekolah

supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang.                                                                         

 

2a : PETIKAN UMUM

 

(i)       Maksud jurang kepandaian

-                       jarak/ perbezaan kebijaksanaan/kecerdikan

-                       perbezaan kepandaian

-                       Jurang kebijaksanaan

 

(ii) Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif:

P1- penstrukturan kelas

P2- memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalammewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

P3- penekanan terhadap kelas campur tanpa pengasingan murid berdasarkan jurang kepandaian yangdapat membawa perubahan

 

(iii) Faktor-faktor:

P1- kekurangan persediaan menghadapi peperiksaan

P2- keadaan emosi ketika menduduki peperiksaan

P3- kelemahan pengurusan diri

P4- latar belakang sosioekonomi keluarga

 

LATIHAN MENJAWAB RUMUSAN

 Jawab soalan berikut.


Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan kelas campur kepada murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan kelas malahan memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim bilik darjah yang kondusif juga memberi penekanan terhadap kelas campur tanpa pengasingan murid berdasarkan jurang kepandaian yang dapat membawa perubahan bermakna dalam merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

 

Setiap murid mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, percampuran murid cemerlang dan murid lemah dalam satu kelas yang sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi yang positif terhadap budaya pembelajaran murid berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Percampuran murid dalam satu kelas tanpa mengambil kira keupayaan akademik mampu meningkatkan motivasi pembelajaran dalam kalangan murid. Melalui usaha ini juga sebarang peningkatan dalam pencapaian pendidikan secara langsung dapat meningkatkan imej dan harga diri murid yang lemah. Peningkatan dalam dua elemen ini pula memberi ruang kepada pembentukan persaingan yang positif dalam kalangan murid yang kurang menyerlah untuk bertapak ke hadapan mengejar murid cemerlang.

 

Melalui sistem kelas campur murid yang bermasalah dalam pendidikan dan aspek disiplin dapat dipecahkan kumpulannya berbanding mengelompokkan mereka dalam kelas yang lemah. Daripada mereka terus bergaul dengan kelompok murid yang mempunyai personaliti yang sama, maka adalah lebih baik jika mereka diasingkan bagi mendorong mereka bersaing dengan murid cemerlang. Dengan sistem kelas campur, semangat kumpulan mereka turut dapat dipecahkan. Hal ini demikian adalah kerana semakin tinggi ikatan yang terjana dalam kalangan murid yang lemah pencapaian akademik dan yang berhadapan dengan masalah disiplin, semakin kukuh semangat kumpulan lalu mengurangkan lagi fokus terhadap kepentingan tuntutan akademik. Dalam konteks ini juga, sistem kelas campur dapat merangsang kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu berbanding mereka disatukan dalam kelas bawah.

 

Berbanding sistem pengasingan kelas yang melabelkan kelas bawah untuk murid lemah dan kelas atas untuk murid cemerlang, sistem kelas campur lebih adil dalam membentuk iklim bilik darjah yang positif. Murid lemah tidak lagi berhadapan dengan label negatif akibat pencapaian mereka yang rendah dalam peperiksaan. Pelaksanaan kelas campur juga menyediakan ruang pergaulan yang baik antara murid cemerlang dan murid lemah di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, murid yang lemah dapat membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan semua aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, peranan dan tanggungjawab guru adalah penting. Guru perlu menterjemahkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi aktiviti yang berkualiti yang mampu menarik minat serta penglibatan yang tinggi dalam kalangan murid.

 

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

i.  Berikan maksud rangkai kata jurang kepandaian. [2 Markah]

 

ii. Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  Apakah ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif?          [3 markah]

 

iii. Keputusan tidak cemerlang terhasil daripada pelbagai faktor.   Pada pendapat anda, apakah

faktor-faktor tersebut?   [4 markah]

 

 

Skema jawapan: sila rujuk skrin berikutnya yang akan terpapar pada jam 10.15 pagi

Rabu, 25 November 2020

Jawapan Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

 Jawapan

"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.

"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.

"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.

"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.

"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.

"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi.

"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

 Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:

(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").

(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.


1. Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".

2. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.

3. Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.

4. Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".

5. Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".

6. Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".

7. Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.

8. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

9. Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

 

Soalan Latihan

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Catatan: Jawapan akan dipaparkan pada skrin berikutnya pada jam 10.00 pagi.

 

Ahad, 22 November 2020

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

 Tema

Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.


Huraian

Dahlia, seorang gadis yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais, cekal menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya.

Dahlia berusaha sedaya upaya untuk menghadapi semua ujian tersebut dengan jiwa serta semangat yang kental.

Cabaran bermula apabila ibunya apabila ibunya, Saleha disahkan menghidap penyakit kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat  dan kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Baharu untuk rawatan pemulihan.

Dahlia juga gigih menghadapi sikap prejudis nenaknya, Nek Kiah terhadap keluarga Dahlia kerana keluarga Dahlia miskin berbanding dengan keluarga anak-anaknya yang lain.

Kisah tragis berterusan apabila ayahnya dipatuk ular tedung sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Dahlia juga terpaksa berhadapan dengan  konflik cinta apabila dia menjadi rebutan dua jejaka, Azhari dan Najib.

Kemelut dalam soal pelajaran terpaksa dihadapinya kerana dia sering tidak dapat hadir ke sekolah demi adik-adiknya, walaupun tahun itu dia akan menghadapi peperiksaaan STPM.

 

Persoalan

Kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung
- Dahlia segera ke kebun getah setelah dimaklumkan oleh Melati, ibunya bercakap dan ketawa bersendirian

Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa
- Melati, Mawar dan Kiambang taat suruhan bapa mereka supaya menjaga adik mereka, Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang menerima rawatan di hospital

Intergriti dalam menjalankan tanggungjawab
- Doktor Ridhuan berusaha mengenal pasti punca dan penyelesaian penyakit Saleha yang menerima rawatan di Hospital Permai

Kepentingan ilmu dalam kehidupan
- Dahlia, Kavita dan Siti wangi belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi STPM di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu pahat
- Dahlia cemerlang dalam Peperiksaan Penggal dan Percubaan STPM ditawarkan mengikuti Ijazah Pertama dalam bidang Pengurusan Perniagaan selama 4 tahun di Jepun. Dia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Universiti Malaya

Keikhlasan dalam menghulurkan bantuan
Azhari, kakitangan sementara di Hospital Permai singgah di rumah Dahlia untuk mengambil beberapa helai baju Saleha yang menerima rawatan di sana
- Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia walaupun menerima tohmahan dan dipandang sinis oleh masyarakat

Sikap tamak sehingga sanggup menzalimi adik-beradik
- Seman mempengaruhi ibunya, Kaih agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar walaupun adik kandungnya Saleha telah mendirikan rumah di tanah tersebut

Pengurusan masa secara berkualiti
- Dahlia bijak menguruskan masa secara optimam untuk menjaga adik-adik, melakukan kerja di dapur dan belajar

Perasaan dendam yang boleh membawa kepada keburukan
- Aton menuduh Dahlia membunuh anaknya Said dan Embong sebagai perancang. Dendam berpunca daripada tindakan saleha yang menghalaunya semasa dia datang mengutip hutang daripada Saleha

Tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga
- Dahlia sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket dan tambang teksi untuk mengunjungi ibunya di Hospital Permai
- Dahlia membawa adik bungsunya Anggerik yang demam panas ke klinik
- Membawa adik-adik melawat ayah mereka yang dipatuk ular tedung di Hospital batu Pahat

 

LATIHAN

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, bincangkan dua persoalan yang diketengahkan oleh penulisnya.

Novel yang saya kaji ialah _____________________________, karya ____________ ______________________. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan yang diketengahkan oleh penulis.

Persoalan pertama ialah ____________________________. Embong menyayangi ________ dan _____________________. Dia sanggup bekerja keras dari pagi hingga petang bagi mencari wang untuk menyara keluarganya. Semasa isterinya, Saleha ____________ di hospital, dia sanggup menjaga anak-anaknya, terutama Kiambang dan ____________ yang masih kecil. Sementara itu, Dahlia amat menyayangi ibunya. Ketika Saleha berada di kebun _________, dia berusaha memujuk ibunya agar pulang ke __________. Dia juga melawat ibunya yang dirawat di Hospital _____________________ dan berharap agar ibunya segera _____________. Apabila ibunya sembuh dan pulang ke rumah, Dahlia berasa amat ____________.

 

Persoalan kedua ialah sikap ____________________ yang prihatin. Tauke Lim tinggal di kampung yang keseluruhan penduduknya berbangsa _____________. Namun, dia menunjukkan sikap prihatinnya dengan memberikan sumbangan barang-barang untuk majlis sambutan _______________________. Dia juga memberikan sebanyak RM _______ kepada Dahlia atas kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Malahan, dia turut memberikan hutang kepada keluarga Embong ketika mereka menghadapi masalah ____________.