Tema
Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.
Huraian
Dahlia, seorang gadis yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais, cekal menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya.
Dahlia berusaha sedaya upaya untuk menghadapi semua ujian tersebut dengan jiwa serta semangat yang kental.
Cabaran bermula apabila ibunya apabila ibunya, Saleha disahkan menghidap
penyakit kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan
kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Baharu untuk rawatan
pemulihan.
Dahlia juga gigih menghadapi sikap prejudis nenaknya, Nek Kiah terhadap
keluarga Dahlia kerana keluarga Dahlia miskin berbanding dengan keluarga
anak-anaknya yang lain.
Kisah tragis berterusan apabila ayahnya dipatuk ular tedung sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Dahlia juga terpaksa berhadapan dengan konflik cinta apabila dia menjadi rebutan dua jejaka, Azhari dan Najib.
Kemelut dalam soal pelajaran terpaksa dihadapinya kerana dia sering
tidak dapat hadir ke sekolah demi adik-adiknya, walaupun tahun itu dia
akan menghadapi peperiksaaan STPM.
Persoalan
Kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung
- Dahlia segera ke kebun getah setelah dimaklumkan oleh Melati, ibunya bercakap dan ketawa bersendirian
Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa
- Melati, Mawar dan Kiambang taat suruhan bapa mereka supaya menjaga
adik mereka, Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang menerima rawatan
di hospital
Intergriti dalam menjalankan tanggungjawab
- Doktor Ridhuan berusaha mengenal pasti punca dan penyelesaian penyakit Saleha yang menerima rawatan di Hospital Permai
Kepentingan ilmu dalam kehidupan
- Dahlia, Kavita dan Siti wangi belajar bersungguh-sungguh untuk
menghadapi STPM di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu pahat
- Dahlia cemerlang dalam Peperiksaan Penggal dan Percubaan STPM
ditawarkan mengikuti Ijazah Pertama dalam bidang Pengurusan Perniagaan
selama 4 tahun di Jepun. Dia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun
selama 6 bulan di Universiti Malaya
Keikhlasan dalam menghulurkan bantuan
Azhari, kakitangan sementara di Hospital Permai singgah di rumah Dahlia
untuk mengambil beberapa helai baju Saleha yang menerima rawatan di sana
- Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia walaupun menerima tohmahan dan dipandang sinis oleh masyarakat
Sikap tamak sehingga sanggup menzalimi adik-beradik
- Seman mempengaruhi ibunya, Kaih agar menjual tanah pusaka seluas lima
ekar walaupun adik kandungnya Saleha telah mendirikan rumah di tanah
tersebut
Pengurusan masa secara berkualiti
- Dahlia bijak menguruskan masa secara optimam untuk menjaga adik-adik, melakukan kerja di dapur dan belajar
Perasaan dendam yang boleh membawa kepada keburukan
- Aton menuduh Dahlia membunuh anaknya Said dan Embong sebagai
perancang. Dendam berpunca daripada tindakan saleha yang menghalaunya
semasa dia datang mengutip hutang daripada Saleha
Tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga
- Dahlia sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket dan tambang teksi untuk mengunjungi ibunya di Hospital Permai
- Dahlia membawa adik bungsunya Anggerik yang demam panas ke klinik
- Membawa adik-adik melawat ayah mereka yang dipatuk ular tedung di Hospital batu Pahat
LATIHAN
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, bincangkan dua persoalan yang diketengahkan oleh penulisnya.
Novel yang saya kaji ialah _____________________________, karya ____________ ______________________. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan yang diketengahkan oleh penulis.
Persoalan pertama ialah ____________________________. Embong menyayangi ________ dan _____________________. Dia sanggup bekerja keras dari pagi hingga petang bagi mencari wang untuk menyara keluarganya. Semasa isterinya, Saleha ____________ di hospital, dia sanggup menjaga anak-anaknya, terutama Kiambang dan ____________ yang masih kecil. Sementara itu, Dahlia amat menyayangi ibunya. Ketika Saleha berada di kebun _________, dia berusaha memujuk ibunya agar pulang ke __________. Dia juga melawat ibunya yang dirawat di Hospital _____________________ dan berharap agar ibunya segera _____________. Apabila ibunya sembuh dan pulang ke rumah, Dahlia berasa amat ____________.
Persoalan kedua ialah sikap ____________________ yang prihatin. Tauke Lim tinggal di kampung yang keseluruhan penduduknya berbangsa _____________. Namun, dia menunjukkan sikap prihatinnya dengan memberikan sumbangan barang-barang untuk majlis sambutan _______________________. Dia juga memberikan sebanyak RM _______ kepada Dahlia atas kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Malahan, dia turut memberikan hutang kepada keluarga Embong ketika mereka menghadapi masalah ____________.
Khairul anas (5A)
BalasPadamNor Izatun Syasya 5Arif
BalasPadamNor Izatun Syasya 5Arif
BalasPadamSiti Nur Nabila
BalasPadam5 Arif
Nurul Wahidah
BalasPadam5Arif
Siti nur farahanim
BalasPadam5 cemerlang
Nazirah
BalasPadam5 Cemerlang
AMAR BUNYAMIN
BalasPadamAisya Hawa
BalasPadam5 arif
Adriana dania
BalasPadam5c
Idzwan Khuzaimie
BalasPadam5 Arif
Nur Hawani
BalasPadam5 Cemerlang
Nurul wardah
BalasPadam5A
Amir yusoff
BalasPadam5Cemerlang
Nur Wakhinah
BalasPadam5Arif
pro gamer
BalasPadam5 pluto