Ahad, 29 November 2020

LATIHAN MENJAWAB RUMUSAN

 Jawab soalan berikut.


Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan kelas campur kepada murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan kelas malahan memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim bilik darjah yang kondusif juga memberi penekanan terhadap kelas campur tanpa pengasingan murid berdasarkan jurang kepandaian yang dapat membawa perubahan bermakna dalam merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

 

Setiap murid mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, percampuran murid cemerlang dan murid lemah dalam satu kelas yang sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi yang positif terhadap budaya pembelajaran murid berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Percampuran murid dalam satu kelas tanpa mengambil kira keupayaan akademik mampu meningkatkan motivasi pembelajaran dalam kalangan murid. Melalui usaha ini juga sebarang peningkatan dalam pencapaian pendidikan secara langsung dapat meningkatkan imej dan harga diri murid yang lemah. Peningkatan dalam dua elemen ini pula memberi ruang kepada pembentukan persaingan yang positif dalam kalangan murid yang kurang menyerlah untuk bertapak ke hadapan mengejar murid cemerlang.

 

Melalui sistem kelas campur murid yang bermasalah dalam pendidikan dan aspek disiplin dapat dipecahkan kumpulannya berbanding mengelompokkan mereka dalam kelas yang lemah. Daripada mereka terus bergaul dengan kelompok murid yang mempunyai personaliti yang sama, maka adalah lebih baik jika mereka diasingkan bagi mendorong mereka bersaing dengan murid cemerlang. Dengan sistem kelas campur, semangat kumpulan mereka turut dapat dipecahkan. Hal ini demikian adalah kerana semakin tinggi ikatan yang terjana dalam kalangan murid yang lemah pencapaian akademik dan yang berhadapan dengan masalah disiplin, semakin kukuh semangat kumpulan lalu mengurangkan lagi fokus terhadap kepentingan tuntutan akademik. Dalam konteks ini juga, sistem kelas campur dapat merangsang kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu berbanding mereka disatukan dalam kelas bawah.

 

Berbanding sistem pengasingan kelas yang melabelkan kelas bawah untuk murid lemah dan kelas atas untuk murid cemerlang, sistem kelas campur lebih adil dalam membentuk iklim bilik darjah yang positif. Murid lemah tidak lagi berhadapan dengan label negatif akibat pencapaian mereka yang rendah dalam peperiksaan. Pelaksanaan kelas campur juga menyediakan ruang pergaulan yang baik antara murid cemerlang dan murid lemah di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, murid yang lemah dapat membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan semua aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, peranan dan tanggungjawab guru adalah penting. Guru perlu menterjemahkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi aktiviti yang berkualiti yang mampu menarik minat serta penglibatan yang tinggi dalam kalangan murid.

 

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

i.  Berikan maksud rangkai kata jurang kepandaian. [2 Markah]

 

ii. Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  Apakah ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif?          [3 markah]

 

iii. Keputusan tidak cemerlang terhasil daripada pelbagai faktor.   Pada pendapat anda, apakah

faktor-faktor tersebut?   [4 markah]

 

 

Skema jawapan: sila rujuk skrin berikutnya yang akan terpapar pada jam 10.15 pagi

7 ulasan:

  1. Rumusan membincangkan kelebihan kelas campur kepada murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru.

    BalasPadam
  2. 1.pendahuluan
    Rumusan membincangkan kelebihan kelas campur kepada murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru

    2.isi tersurat
    Antara kepentingan kelas campur kepada murid-murid ialah meningkatkan imej dan harga diri murid yang lemah.Selain itu,dapat membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu.Seterusnya,mampu meninkatkan motivasi pembelajaran dalam kalangan murid.Disamping itu,memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah dan semangat kumpulan mereka turut dapat dipecahkan.Akhir sekali,dapat merangsang kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu.

    3.isi tersirat
    cabran yang dihadapi oleh guru ialah guru menanggung beban semakin banyak dan guru perlu menangani kepelbangaian masalah murid

    4.kesimpulan
    kesimpulannya,semua pihak perlulah menyokong pelaksanaan kelas campur di sekolah supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.PENDAHULUAN
      -Rumusan membincangkan manfaat kelas campur kepada murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru
      2.ISI TERSURAT
      -Memperlihat pelbagai implikasi yang positif terhadap budaya pembelajaran murid
      -meningkatkan motivasi pembelajaran
      -meningkatkan imej dan harga diri murid yang lemah
      -bertapak ke hadapan mengejar murid cemerlang
      -mendorong mereka bersaing dengan murid cemerlang dan merangsang kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu
      3.ISI TERSIRAT
      -Harus menghadapi masalah disiplin murid
      -Guru terpaksa melatih murid mengikut keupayaan pelajar
      4.PENUTUP
      Kesimpulannya,banyak kepentingan dan cabaran dalam pelaksaan kelas campur di sekolah.Perubahan struktur pendidikan adalah mustahak supaya generasi muda dapat bersaing dengan masyarakat dunia

      Padam
  3. Pendahuluan
    Rumusan membincangkan faedah kelas campur kepada
    murid-murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru

    Isi Tersurat
    Antara faedah kelas campur kepada murid - murid ialah mampu meningkatkan motivasi dan semangat kumpulan dikalangan pelajar dapat dipecahkan. Selain itu, dapat meningkatakan imej dan harga diri murid lemah serta dapat merangsang kesedaran terhadap kepentingan ilmu. Berikutnya, pelajar dapat membangunkan sikap yang positif terhadap ilmu dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah.


    Isi Tersirat
    Cabaran yang dihadapi oleh guru ialah guru terpaksa merancang pngajaran dan pembelajaran mengikut keperluan murid dan guru kurang menguasai jemahiran pembelajaran abad ke-21


    Kesimpulan
    Kesimpulannya, semua pihak perlulah menyokong pelaksanaan kelas campur di sekolah
    supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang.

    (104 patah perkataan)

    BalasPadam
  4. Pendahuluan :Rumusan membincangkan kelebihan kelas campur kepada murid murid Dan cabaran yang dihadapi oleh guru guru

    Isi tersurat
    -mampu meningkatkan motivasi pembelajaran dlm kalangan murid
    -memberi peluang dan menaikkan imej murid yg lemah
    -mempunyai semangat berkumpulan
    -dapat merangsang kesedaran mereka dalam menuntut ilmu
    -dpat membangunkan sikap yg positif
    -memberi perhatian yg lebih serious dlm menyiapkan kerja sekolah

    Isi tersirat
    -guru menanggung beban yang banyak
    -guru perlu mengawal disiplin murid murid

    Penutup
    Pihak sekolah perlu mengadakan kelas campur untuk meningkatkan imej dan prestasi sekolah

    BalasPadam