Sabtu, 12 Jun 2021

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 SOALAN 1 - MORFOLOGI - membina ayat berdasarkan perkataan atau frasa yang diberikan

 

Panduan Menjawab

1.    Senaraikan perkataan dan bina ayat berdasarkan soalan yang berkaitan petikan atau bahan yang diberikan.

2.    Calon tidak dibenarkan untuk mengambil ayat dalam petikan atau pun keseluruhannya kertas  soalan, sebaliknya calon perlu membina ayat sendiri.

3.    Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan soalan. Oleh itu, calon perlu membaca    arahan soalan dengan teliti.

4.    Jumlah markah tidak tetap bagi setiap pecahan, malah bergantung pada arahan soalan.

5.    Skema pemarkahan ialah analitik

 

Latihan Berfokus

Soalan 1

Baca petikan dii bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kerajaan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, di samping memastikan kualiti pendidikan negara selari dengan standard antarabangsa.

Dasar dan falsafah Pendidikan negara yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya dalam melahirkan modal insan dan menyelesaikan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, khususnya di luar bandar. Kerajaan juga Berjaya dalam melengkapkan dasar Pendidikan negara yang sempurna untuk melahirkan modal insan bagi memenuhi negara maju.


Jawapan

1. Kata Kerja

i. Kata kerja -

Ayat - 


ii. Kata kerja -

Ayat -


2. Kata Adjektif

i. Kata adjektif -

Ayat -


ii. Kata adjektif -

Ayat -

 

  

Soalan  2

Baca petikan dii bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja aktif dan dua kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih memerlukan sokongan kewangan dan dasar daripada kerajaan, bank serta agensi berkaitan bagi membolehkan operasi perniagaan terus bertahan ketika berhadapan dengan impak pendemik COVID-19, demikian menurut RAM Holdings Bhd..  Berdasarkan kaji selidik terkini Keyakinan Perniagaan RAM, sokongan itu masih diperlukan kerana ekonomi dijangka tidak stabil dengan prospek yang tidak menentu dalam tempoh tiga bulan akan datang. Kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan yang efektif bagi membantu PKS ketika ini. Ini termasuk moratorium pinjaman segera, yang menjadi pelonggaran kewangan besar yang sangat diperlukan, dengan 86 peratus responden menerima tawaran itu.

   

Jawapan

1. Kata Kerja Aktif

i. Kata kerja aktif -

Ayat - 


ii. Kata kerja aktif  -

Ayat -


2. Kata Adjektif

i. Kata adjektif -

Ayat -


ii. Kata adjektif -

Ayat -

                                                                                                                              

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan