Selasa, 31 Ogos 2021

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

 

PLOT

Permulaan
  • Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
  • Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
  • Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Perkembangan
  • Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
  • Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
  • Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
  • Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
  • Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
  • Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
  • Danel sering menulis artikel tentang pisang.
  • Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.
Konflik
  • Konflik dengan diri sendiri
  • Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
  • Konflik dengan orang lain
  • Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
  • Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
  • Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak

  • Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.

Peleraian
  • Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
  • Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
  • Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
  • Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  • Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
  • Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
  • Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
  • Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
  • Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
  • Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.

 

SOALAN LATIHAN 

Pada pendapat anda, mengapakah Lili bersetuju untuk pulang ke kampung halaman ibunya di Dungun Terengganu?

Isnin, 30 Ogos 2021

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

 PLOT

(a)    Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

(b)    Pengenalan – Penulis memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib. Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi darah serta lumpur.

(c)     Perkembangan – Penulis menceritakan kembali kisah kampungnya yang telah diteroka oleh poyangnya sejak tiga generasi yang lalu. Pada pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang buruh dan ditanami dengan pokok getah. Kemudian, lima belas buah keluarga buruh berketurunan India dibawa masuk untuk bekerja di estet getah milik Tuan Booth itu. Seterusnya, diriwayatkan kisah hidup Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir. Penulis turut mengisahkan Ahmad Mutawakkil terpaksa menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun.

(d)    Perumitan – Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata mengubah suasana damai di kampung penulis. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Tuan Booth kembali ke banglo di estetnya semula selepas Jepun menyerah kalah. Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth telah menyimpan perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil. Hal ini mengundang pelbagai persoalan mengenai hubungan mereka dalam kalangan masyarakat kampung. Lima orang pengganas komunis telah menyerbu banglo Tuan Booth. Mereka mendesak Tuan Booth supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi komunis.

(e)    Klimaks – Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat kampung. Gerakan mencari Ahmad Mutawakkil di segenap pelosok kampung telah dijalankan oleh tiga kumpulan pencari termasuklah Tuan Booth. Ahmad Mutawakkil gagal ditemukan.

(f)      Peleraian – Ahmad Mutawakkil meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran untuk meraikan kemerdekaan

tanah air dan majlis bacaan tahlil sebagai tanda mengenang jasa arwah Ahmad Mutawakkil. Setahun kemudian, Sandra kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap terhadap Ahmad Mutawakkil. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

 

Teknik Plot

(a)    Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra. Ahmad Mutawakkil berasa terhutang budi atas kesudian Sandra mengajarnya menulis dan membaca.

(b)    Teknik imbas kembali. Contohnya, penulis mengimbas kembali peristiwa kedatangan sebuah keluarga Orang Putih ke kampungnya.

(c)     Teknik imbas muka. Contohnya, penulis membayangkan ketiadaan Sandra, anak gadis Tuan Booth pada malam penyampaian pidato oleh Ahmad Mutawakkil di kampungnya berkemungkinan disebabkan faktor kesihatan atau faktor merajuk.

(d)    Teknik kejutan. Contohnya, kemunculan Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah di pintu surau pada permulaan cerita menimbulkan kejutan kepada pembaca sedangkan dialah watak utama dalam cerpen ini.

(e)    Teknik monolog dalaman. Contohnya, penulis melahirkan rasa kesyukuran dalam hatinya atas dua perkara walaupun ketika itu Jepun sedang menjajah negerinya itu.

(f)      Teknik pemerian. Contohnya, penulis memerihalkan keadaan Ahmad Mutawakkil sewaktu dia muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya.

(g)    Teknik saspens. Contohnya, peristiwa kemaraan askar Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah menimbulkan tanda tanya kepada pembaca tentang nasib penduduk kampung penulis.

 

SOALAN LATIHAN

Berdasarkan maklumat dalam nota di atas, pada pendapat anda mengapakah Ahmad Mutawakkil berjuang untuk kemerdekaan negara?

 

Isnin, 23 Ogos 2021

Kata Ganti Nama Diri

 

1.                   Maksud :                 

Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

 

2.                   Jenis:      Terbahagi kepada 3 jenis:

a.    Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).

b.   Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)

c.    Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

 

3.                   Bilangan penutur / pendengar:

a.    Tunggal (seorang)

b.   Jamak (lebih daripada seorang)

 

4.                   Golongan pengguna:

a.    Masyarakat Moden

b.   Masyarakat Melayu Lama (klasik)

c.    Masyarakat Istana / Bangsawan

 

 

 Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur. 

 

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)

saya (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.

hamba (tunggal)

Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

patik (tunggal)

Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

beta (tunggal)

Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami (tunggal)

Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

kita (tunggal)

Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

 

 

Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur

 

Kata Ganti Diri Kedua

Penggunaannya

anda (tunggal dan jamak))

Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.

awak (tunggal)

Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

engkau (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)

Tuan hamba (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)

tuanku (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian (tunggal)

Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu (tunggal dan jamak)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

 

 

Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang       diceritakan halnya tidak hadir) 

 

Kata Ganti Diri Ketiga

Penggunaannya

baginda (tunggal)

Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau (tunggal)

Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

Dia dan ia (tunggal)

Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka (tunggal)

Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

 


Bentuk kesilapan: 

 

SALAH

BETUL

Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.

Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.

Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.

Saya ingin berjumpa dengan ia.

Saya ingin berjumpa dengannya.

Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.

Mereka  sedang bermain bola di padang.

 

Sabtu, 21 Ogos 2021

Watak Sampingan Novel Jendela Menghadap Jalan

 Datuk (Haji Abdul Rahman)
Pakar akar kayu dan ubat tradisional  
Jadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung
Berjaya sembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuat oleh Datuk     
Ajar Lili ilmu kegamaan
Menguji Lili dengan ilmu agama
Sayang akan pekerjaannya mengumpulkan akar kayu
Berjaya mengislamkan William
Dahulu orang mendengar cakap Datuk tetapi sekarang tidak
Berumur 70 tahun
Rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih
Rajin membaca kitab
Berjaya mengubati lima orang dari Kuala Lumpur menggunakan herba
Tidak balik malam kerana mencari herba Di hutan
Pandai mengurut (mengurut Danel)


Danel
Anak William
Jelaskan isu pembinaan kubah surau
Jelaskan kebaikan rawatan moden
Berhujah dengan berhemah supaya Datuk tidak berkecil hati
Percaya perubatan moden
Akrab Dengan Datuk
Menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah
Sering membantu Nenek memasak
Memasak menggunakan pisang
Bantu menyelamatkan Lili daripada diculik.


Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
Kurang yakin dengan ubat tradisional yang Datuk sediakan
Isteri kepada Datuk
Percaya pantang larang (terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat)
Bakar kulit bawang putih untuk bau harum dalam rumah
Suka menyindir Datuk tentang ubat tradisional.
Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.


Geetha
Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu 

Siswa tahun pertama jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
Anak Letchumi yang ada kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang Datuk sediakan.
Menjadi Akrab Dengan Lili. 
Seorang Yang Tepati Janji.


Abang Rashid 

Sering membantu Datuk dan Nenek 
Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke kampung. 
Mengutip buah dari kebun Datuk 
Belum berkahwin


Ibu Lili 

Suka seni taman ala Bali yang penuh reka bentuk aan tumbuhan 
Tanam herba pembuka selera makan 
Tidak kisah ilmu agama akibat kecuaian Datuk 
Gemar belajar silat. 
Belajar di luar negara 
Menjawat jawatan penting.

Rafiq Dan Haziq 
Anak remaja berumur belasan tahun. 
Menduduki PMR
Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah 
Memulas tangan Lili dan menculik Lili 
Menggunakan senjata tajam dan mengacukan di leher Lili 
Berubah sikap menjadi lebih baik.

Seman

Suami Che Jah 
Kaki judi, berhutang dan minum arak
Melarikan kubah surau 
Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk 
Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.

 

Latihan 

Berdasarkan  Novel  JendelaMenghadap Jalan, pada  pendapat  anda mengapakah  atuk (Haji Abdul Rahman) masih  mengamalkan  perubatan  tradisional  walaupun beliau  sudah  tua? (6 markah)

Watak Sampingan Novel Songket Berbenang Emas

 

1.   Saleha 
Ibu Dahlia
Berumur 39 tahun 
Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu Bakar)
Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang
Bekerja sebagai penoreh getah
Seorang   yang   penyayang-   semasa   sihat   ,beliau   yang menjaga   semua keperluan anak-anaknya.

2.   Embong
Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.
Seorang  ketua  keluarga  yang  bertanggungjawab.  Beliau  tidak  mahu  anak-anaknya  berhenti  sekolah  dan  mengatakan  beliau  akan  bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
Seorang  yang  percaya  akan  kehendak  takdir
Isterinya  menjadi  kurang siuman.
Seorang yang penyabar. Dia sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
Seorang  yang  mementingkan  ilmu  untuk  anak-anaknya. tetap menyuruh  Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.
Seorang  yang  berani. Embong  berani  membunuh  ular  sawa  yang  membelit badannya.

3.   Azhari
Berkumis nipis
Bermuka bulat
Tinggi 
Kacak
Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah
Suka akan Dahlia
Seorang  yang  suka  memberi  nasihat. Dia  menyuruh  Dahlia  belajar  bersungguh-sungguh.
Seorang  yang  pandai  memujuk. Dia  pandai memujuk  Dahlia  agar menerima lamarannya.

4.   Siti Wangi
Sahabat Dahlia
Bermuka bulat
Sentiasa ceria

5.   Tauke Lim 
Berbangsa Cina
Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong  untuk  dibayar  kepada  Nek  Kiah  yang  berhasrat  menjual  tanah tempat mereka tinggal.
Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
Seorang  yang  prihatin  akan  masalah  orang  lain -  Sangat  prihatin  atas  nasib keluarga Embong
Seorang  yang  pemurah-    menyumbangkan  barang-barang  untuk  sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan  melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama
Seorang  yang  pandai  bergaul-  Walaupun  Tauke  Lim  berbangsa  Cina  tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul. 
 
Latihan
 
Berdasarkan Novel Songket berbenang emas.
Berdasarkan satu watak sampingan yang anda pelajari, beriakan sebab-sebab mengapa pendidikan menjadi keutamaan dan pilihan utama dalam tindakannya?

Isnin, 16 Ogos 2021

Ayat Dasar Bahasa Melayu

 

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

i.  Frasa Nama + Frasa Nama
    FN + FN
    Contoh: Encik Omar (FN) seorang guru (FN)

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
    FN +  FK
   Contoh: Anis (FN) membaca buku (FK)

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
     FN + FK
     Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
     FN + FS
     Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
 
 
LATIHAN
 
Berdasarkan pola ayat dasar berikut, sila bina satu ayat lengkap untuk menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya.
 
 
i.  Frasa Nama + Frasa Nama
    FN + FN
    Ayat:   

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
    FN + FK
    Ayat:

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
     FN + FK
     Ayat:

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
     FN + FS
     Ayat:

Ahad, 15 Ogos 2021

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

 1. Soalan 6 dalam kertas 2 SPM

2. Calon dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berdasarkan dua atau tiga bahan sumber yang diambil daripada bahan bacaan umum seperti akhbar, majalah atau buku.

3. Membawa nilai 12 markah

4. Terdapat 4 soalan dikemukakan

a. Soalan (i) - memberikan maksud rangkai kata secara lateral

b. Soalan (ii) - soalan berdasarkan petikan

c. Soalan (iii) - soalan berdasarkan kemahiran berfikir

d. Soalan (iv) - soalan penyelesaian masalah/KBAT

5. Jumlah isi bagi setiap soalan bergantung kepada pecahan markah yang diberikan.


Latihan

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang disertakan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(Nota tambahan - untuk latihan ini jawapan akan diberikan. Sila jawab semula dengan menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis)


 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata tanpa kawalan. (2 markah)

tiada sekatan


(ii) Bertdasarkan bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang menyebabkan buli siber dan penyebaran berita palsu melalui internet. (3 markah)

persamaan -niat untuk menjatuhkan maruah orang lain - bahan ugutan atau tebusan untuk mendapatkan wang - kemudahan jaringan internet memudahkan pengguna menyebarkan berita 

perbezaan - buli siber berlaku secara bertubi-tubi atau berterusan sehingga mangsa mengalami tekanan - penyebaran berita palsu akan berterusan selagi ada orang lain yang menyebarkannya


(iii) Buli siber daqn penyebaran berita palsu di internet banyak memberikan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang individu bagi membendung kedua-dua jenayah ini? (3 markah)

sentiasa berwaspada apabila menggunakan media sosial di internet - tidak meyebarkan atau mendedahkan maklumat peribadi - hukuman yang berat kepada pesalah agar menjadi pengajaran kepada orang lain.


(iv) Kumpulan anda ditugaskan untuk menyiapkan satu teks ceramah tentang jenayah buli siber. Cadangkan langkah-langkah untuk melaksanakan tugasan tersebut. (4 markah)

melantik seorang ketua - melantik seorang rakan yang petah bercakap - bersama-sama mengumpulkan bahan dan menyiapkan isi teks ceramah - melantik seorang pengacara untuk mengendalikan majlis - persiapan tempat - menjemput para jemputan ke majlis



Sabtu, 7 Ogos 2021

KARANGAN DOMAIN AWAM (TANAH TERBIAR)

 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan soalan di bawah.

 

 Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, sehingga kini, 10,367 hektar tanah terbiar sudah dibangunkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, 8,179 pengusaha juga sudah menerima insentif dengan jumlah peruntukan sebanyak RM111.6 juta.

"Bagi memastikan kelangsungan projek, tanaman kekal dan berimpak tinggi amat digalakkan untuk ditanam bagi mengelakkan tanah yang dibangunkan menjadi terbiar semula.

"Di samping itu, tanaman singkat masa turut disyorkan bagi memastikan petani memperoleh pendapatan segera berikutan kitaran penanamannya yang pendek. 

(Harian Metro: 5 Mei 2021)

 

Isu tanah terbiar sering menjadi bualan masyarakat sekarang. Generasi muda dikatakan tidak lagi berminat untuk mengusahakan tanah untuk aktiviti pertanian. Anda ingin menulis  sebuah rencana tentang usaha-usaha menggalakkan generasi muda mengusahakan tanah terbiar.

Tulis rencana itu selengkapnya.

 

Rangka karangan 

Perenggan

Jenis Pendahuluan

Pendahuluan

Tanah terbiar kerana tidak lagi diusahakan sebagai kawasan pertanian - generasi muda dikatakan tidak lagi berminat untuk mengusahakan tanah warisan mereka – bagaimanakah cara yang sebaiknya dilakukan untuk mengelakkan tanah tidak diusahakan dan seterusnya menarik minat generasi muda terlibat dalam bidang pertanian?

Perenggan

Apa

Mengapa/Bagaimana

Contoh

Kesimpulan

Isi 1

Peranan agensi-agensi kerajaan

Membangunkan tanah terbiar dengan projek agromakanan untuk meningkatkan hasil tanaman negara

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) mengusahakan tanaman kelapa sawit dan Padi

 Aktiviti pertanian secara terancang dan bersepadu menjadikan hasil pertanian meningkat

Isi 2

Pertanian secara berkelompok

Pemilik-pemilik tanah disatukan untuk mengusahakan pertanian secara bersama

Penduduk Bagan Datuk mengusahakan penanaman kelapa pandan dan mantaq.

Bantuan benih dan baja lebih mudah disalurkan

Para petani dapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada jabatan Pertanian

Isi 3

Program “Entreprenuer Muda”

Generasi muda dikumpul dan dibantu untuk mengusahakan pertanian. Tanah dan bantuan modal disediakan

Program Kementerian Pertanian dan Asas tani berjaya melatih generasi muda dalam bidang ternakan kambing

Menjadi tarikan kepada generasi muda untuk terlibat dalam pertanian an

Isi 4

Penubuhan koperasi yang berasaskan pertanian

Menjadikan bidang pertanian lebih berdaya saing dan berorientasikan perniagaan

Koperasi Asas Tani Berhad Berjaya mengusahakan pertanian tanaman cendawan dan sayur-sayuran

Memberi impak baru dalam pertanian kerana pemasaran hasil lebih terurus

Isi 5

Penyediaan sistem jalan dan saliran

Memudahkan jentera dan mesin dibawa ke kawasan pertanian

Dikendalikan oleh generasi muda yang berkemahiran tinggi

Secara tak langsung menarik minat generasi muda

 

Kesimpulan

  

Cadangan/Harapan

Penggunaan tanah terbiar secara optimum dan usaha menarik minat generasi muda akan meningkatkan hasil pertanian - pertanian  berjaya diangkat sebagai sumber pendapatan negara