Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan soalan di bawah.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, sehingga kini, 10,367 hektar tanah terbiar sudah dibangunkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, 8,179 pengusaha juga sudah menerima insentif dengan jumlah peruntukan sebanyak RM111.6 juta.
"Bagi memastikan kelangsungan projek, tanaman kekal dan berimpak tinggi amat digalakkan untuk ditanam bagi mengelakkan tanah yang dibangunkan menjadi terbiar semula.
"Di samping itu, tanaman singkat masa turut disyorkan bagi memastikan petani memperoleh pendapatan segera berikutan kitaran penanamannya yang pendek.
(Harian Metro: 5 Mei 2021)
Isu tanah terbiar sering menjadi bualan masyarakat sekarang. Generasi muda dikatakan tidak lagi berminat untuk mengusahakan tanah untuk aktiviti pertanian. Anda ingin menulis sebuah rencana tentang usaha-usaha menggalakkan generasi muda mengusahakan tanah terbiar.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Rangka karangan
Perenggan |
Jenis Pendahuluan |
|||
Pendahuluan |
Tanah terbiar kerana tidak lagi diusahakan sebagai kawasan pertanian - generasi muda dikatakan tidak lagi berminat untuk mengusahakan tanah warisan mereka – bagaimanakah cara yang sebaiknya dilakukan untuk mengelakkan tanah tidak diusahakan dan seterusnya menarik minat generasi muda terlibat dalam bidang pertanian? |
|||
Perenggan |
Apa |
Mengapa/Bagaimana |
Contoh |
Kesimpulan |
Isi 1 |
Peranan agensi-agensi kerajaan |
Membangunkan tanah terbiar dengan projek agromakanan untuk meningkatkan hasil tanaman negara |
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) mengusahakan tanaman kelapa sawit dan Padi |
Aktiviti pertanian secara terancang dan bersepadu menjadikan hasil pertanian meningkat |
Isi 2 |
Pertanian secara berkelompok |
Pemilik-pemilik tanah disatukan untuk mengusahakan pertanian secara bersama |
Penduduk Bagan Datuk mengusahakan penanaman kelapa pandan dan mantaq. Bantuan benih dan baja lebih mudah disalurkan |
Para petani dapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada jabatan Pertanian |
Isi 3 |
Program “Entreprenuer Muda” |
Generasi muda dikumpul dan dibantu untuk mengusahakan pertanian. Tanah dan bantuan modal disediakan |
Program Kementerian Pertanian dan Asas tani berjaya melatih generasi muda dalam bidang ternakan kambing |
Menjadi tarikan kepada generasi muda untuk terlibat dalam pertanian an |
Isi 4 |
Penubuhan koperasi yang berasaskan pertanian |
Menjadikan bidang pertanian lebih berdaya saing dan berorientasikan perniagaan |
Koperasi Asas Tani Berhad Berjaya mengusahakan pertanian tanaman cendawan dan sayur-sayuran |
Memberi impak baru dalam pertanian kerana pemasaran hasil lebih terurus |
Isi 5 |
Penyediaan sistem jalan dan saliran |
Memudahkan jentera dan mesin dibawa ke kawasan pertanian |
Dikendalikan oleh generasi muda yang berkemahiran tinggi |
Secara tak langsung menarik minat generasi muda |
Kesimpulan
|
Cadangan/Harapan |
|||
Penggunaan tanah terbiar secara optimum dan usaha menarik minat generasi muda akan meningkatkan hasil pertanian - pertanian berjaya diangkat sebagai sumber pendapatan negara |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan