Definisi: Proses merangkaikan dua
kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
Bentuk-bentuk kata majmuk:
1.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
|
gambar rajah
|
kuning langsat
|
|
biru laut |
jalan raya |
|
luar biasa
|
merah muda
|
|
tengah hari
|
jam tangan
|
|
kapal terbang
|
nasi minyak
|
|
bandar raya
|
bom tangan
|
|
alat tulis
|
meja tulis
|
|
terima kasih
|
kipas angin
|
*kategori ini juga termasuk
gelaran
Perdana Menteri, Ketua Menteri,
Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar,
Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2.
Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
|
garis pusat
|
kertas kerja
|
cari gali
|
|
pita suara
|
darah panas
|
reka bentuk
|
|
model linear
|
mata pelajaran
|
kanta lekap
|
|
segi tiga
|
batu kapur
|
|
|
atur cara
|
kemas kini
|
|
3.
Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) Contoh:
|
kaki ayam
|
pilih kasih
|
duit kopi
|
kaki bangku
|
makan angin
|
|
buah tangan
|
manis mulut
|
anak emas
|
buah hati
|
berat tangan
|
Bentuk ejaan kata majmuk yang
telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
|
Antarabangsa
|
kerjasama
|
suruhanjaya
|
|
Beritahu
|
olahraga
|
tandatangan
|
|
Bumiputera
|
matahari
|
tanggungjawab
|
|
Jawatankuasa
|
setiausaha
|
warganegara
|
|
Kakitangan
|
sukarela
|
pesuruhjaya
|
Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim
dieja bercantum. Contohnya:
|
a. Kata
nama
|
peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
|
|
b. Kata
adjektif
|
sukacita, dukacita
|
|
c. Kata
sendi nama
|
kepada, daripada
|
|
d. Kata
hubung
|
apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal,
walhal, kadangkala
|
|
e. Kata
tanya
|
bagaimana
|
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya:
|
Tunggal
|
Jamak
|
|
alat tulis
|
alat-alat
tulis
|
|
gambar rajah
|
gambar-gambar
rajah
|
|
balai raya
|
balai-balai
raya
|
|
kapal terbang
|
kapal-kapal
terbang
|
|
Menteri Besar
|
Menteri-menteri
besar
|
|
suku kata
|
suku-suku
kata
|
|
garis pusat
|
garis-garis
pusat
|
Penggandaan yang melibatkan
bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
|
Tunggal
|
Jamak
|
|
pesuruhjaya
|
pesuruhjaya-pesuruhjaya
|
|
warganegara
|
warganegara-warganegara
|
|
tandatangan
|
tandatangan-tandatangan
|
|
jawatankuasa
|
jawatankuasa-jawatankuasa
|
|
setiausaha
|
setiausaha-setiausaha
|
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk,
iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada
dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk
yang ditulis terpisah.
Kata
Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah
hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata
Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur
cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata
Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung
tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Selain itu,
kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis
serangkai apabila menerima apitan ,
misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, melipatgandakan
dan dikuatkuasakan.
Cara
Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara
perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:
• Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang
tangan.
• Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia. Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.
Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang
berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:
•
Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat dan
berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.
•
Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi
dan putera.
Golongan
Kata Majmuk
Kata majmuk dapat digolongkan
kepada golongan yang berikut ini.
|
Penggolongan
Kata Majmuk
|
Contoh
Perkataan
|
|
Kata Nama Majmuk
|
guru besar, balai raya,
tapian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor, ketua murid, warganegara, ketidakadilan,
persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha.
|
|
Kata Kerja Majmuk
|
hapus kira, ambil alih,
lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka
bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan.
|
|
Kata Adjektif Majmuk
|
merah jambu.
Terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita.
|
|
Kata Tugas Majmuk
|
bagaimana,
apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi.
|
Kesilapan
dalam ejaan kata majmuk berganda.
Penggandaan unsur pertama akan
dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja.
Surat khabar-surat khabar dijual
di kedai itu (X)
Surat-surat khabar dijual di
kedai itu. (√)
Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir
ke sekolah. (X)
Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)