Sinopsis
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit
berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk
menewaskan Melaka setelah kematian
penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh
penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit
Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang
untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh
Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari
bersetuju dengan permintaan Patih Gajah
kerana ingin membalas dendam atas
kematian ayahnya yang dibunuh oleh
laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari
mengadap Seri Betara dan menerangkan
bahawa Kertala Sari merupakan penjurit
yang sangat handal. Kehebatan Kertala
Sari mengalahkan negeri Daha seorang
diri menyebabkan Seri Betara
menitahkan Kertala Sari segera ke
Melaka untuk membunuh Sultan Melaka
dan laksamana Melaka dan menjanjikan
jawatan penggawa agung kepadany.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai
pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri
harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta
mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan
kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar
Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan
mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian.
Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan
rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan
ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap.
Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri
kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut
firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki
oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari
untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh
oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala
Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat
Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh
penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan
kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh
Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang
lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah
berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah
memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan
membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di
Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan
semua empunya barang untuk menuntut barang-barang
tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya
barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian
dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun
laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian
sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah
diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-
orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta
tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh
oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah
Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus
mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana
Melaka.
Watak dan Perwatakan
Laksamana
i. Seorang
yang berani - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya
seperti Petala Bumi dan Kertala Sari.
ii. Seorang
yang pemurah - Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana
berjaya menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian
termasuklah kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya.
iii. Seorang
yang bijaksana - Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia keluar
menjejaki Kertala Sari yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam agar
pergerakannya sukar dilihat.
iv. Cinta
akan keamanan negara - Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka
dengan penuh tanggungjawab dengan menangkap penjurit agar tidak berlaku
kekacauan.
v. Taat
setia kepada pemerintah - Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa
sebarang bantahan.
vi. Memiliki
sifat kepahlawanan - Kertala Sari berasa gerun ketika melihat Laksamana yang
begitu gagah perkasa pada pertama kali ketika berada di Melaka untuk membalas
dendam.
Kertala
Sari
Anak kepada Petala Bumi
i.
Berasal
dari Majapahit
ii Seorang pencuri yang handal dan berani - handal dan berani menjalankan kegiatan mencuri
secara bersendirian tanpa sedikit pun memiliki perasaan bimbang.
iii. Seorang
yang zalim -Kertala Sari bukan sahaja mencuri harta benda, malah turut mencabul
kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar.
iv. Seorang
pendendam - Kertala Sari berdendam dengan Laksamana dan Sultan Melaka yang
telah membunuh bapanya, Petala Bumi.
v. Pandai
dalam ilmu kesaktian - Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkan
menjadi halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya.
vi.
Taat
kepada pemerintah - Kertala Sari patuh akan perintah Seri Bertala Majapahit
yang menitahkannya ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.
Sultan
Melaka
i. Seorang
yang prihatin - Sultan Melaka mengambil berat kesusahan rakyat berat kebajikan
rakyatnya dengan mendengar masalah kecurian yang diadukan kepada baginda.
ii. Seorang
yang mengenang budi - Sultan Melaka telah memberikan kurnia kepada Laksamana
atas kejayaan membunuh penjurit, iaitu Kertala Sari yang telah membuatkan
negerinya dalam kekecohan.
Latar
Latar
Masyarakat
Masyarakat yang bertanggungjawab -
Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit, iaitu Kertala Sari yang
menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
Masyarakat yang mengenang budi -
Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan
ikhlas serta harta mereka ditemui.
Masyarakat yang taat pada pemerintah -
Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan.
Latar
Tempat
Negeri Melaka - Kertala Sari membuat
huru-hara dengan mencuri harta saudagar dan orang-orang kaya di Melaka serta
mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar tersebut.
Majapahit - Patih Gajah Mada dan Seri
Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara
di Bukit Cina.
Di tengah pasar - Tempat Kertala Sari
mati dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa
Malam - Kertala Sari masuk mencuri ke
rumah saudagar dan orang-orang kaya. Laksamana mengawal kawasan negeri Melaka dengan
berpakaian hitam untuk menangkap penjurit.
Siang - Bendahara melaporkan kepada
Sultan Melaka bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala
harta-hartanya dicuri.
Nilai
i. Keberanian
- Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya seperti
Petala Bumi dan Kertala Sari.
ii. Tolong-menolong
- Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka yang
huru-hara angkara penjurit.
iii. Kebijaksanaan
- Laksamana menggunakan tipu helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-tengah
pasar pada waktu malam untuk mengalahkan Kertala Sari.
iv. Pemurah
- Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui
harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada
golongan fakir miskin dan orang bawahannya.
Pengajaran
i. Kita
hendaklah berani menghadapi musuh agar keselamatan negara terjamin - Laksamana
berani bertarung dengan Kertala Sari yang telah membuat negeri Melaka
huru-hara.
ii. Kita
hendaklah bijak dalam menangani sesuatu masalah - Laksamana menggunakan tipu
helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam untuk
mengalahkan Kertala Sari.
iii. Kita
hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan sentiasa dirahmati -
Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui harta
yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada golongan
fakir miskin dan orang bawahannya.
iv. Kita
mestilah tolong-menolong dalam hidup - Laksamana menawarkan diri untuk mengawal
keselamatan negeri Melaka yang huru-hara angkara penjurit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan