Isnin, 28 Jun 2021

PERIBAHASA

 Panduan Menjawab Soalan

1. Bacakan arahan soalan dan fahami kehendak soalan.

2. Untuk menjawab soalan membina ayat, fahamilah peribahasa yang diberikan dan pastikan anda mengetahui maksudnya agar jawapan anda tidak menyeleweng.

3. Seterusnya, untuk soalan melengkapkan petikan dengan peribahasa, fahami maksud petikan yang diberikan sebelum menentukan peribahasa yang menepati konteks ayat dalam petikan tersebut.

4. Sementara untuk soalan yang meminta anda mengemukakan peribahasa berdasarkan petikan, fahamilah situasi dalam petikan atau ayat tersebut berdasarkan kata kunci atau tema petikan itu.

Contoh:

Ø ++++Kata kunci: Saling memerlukan antara satu sama lain…

Ø ++++Peribahasa: bagai aur dengan tebing

5. Baca buku dan layarilah laman web yang membincangkan tentang peribahasa untuk mengetahui lebih banyak peribahasa dan maksud setiap peribahasa tersebut.

6. Soalan peribahasa berdasarkan pelbagai bentuk seperti menyatakan peribahasa dalam petikan, perbualan, gambar, situasi, ilustasi, dan sebagainya.

7. Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.

8. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan soalan.

9. Jumlah markah yang diperuntukkan tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan.

 

Latihan 1 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan yang diberi.

      Terdapat sebahagian individu yang suka mengembara atau melawat negara lain. Bagi mereka hobi ini sangat menyeronokkan. Mereka dapat menambah ilmu pengetahuan tentang adat dan budaya kehidupan masyarakat setempat. Bagi menjamin keselamatan di negara orang, mereka perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara tersebut. Mereka berbaik dan menyantuni masyarakat yang dilawati. Walaupun destinasi yang dilawati itu cantik dan indah, namun mereka berpendapat bahawa negara Malaysia lebih istimewa dan sukar dibandingkan dengan negara lain.


 Jawapan

1.

2.

3.


Latihan 2

Lihat ilustrasi dibawah dengan teliti. nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ilustrasi tersebut.

Jawapan

1.

2.

3.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan