Isnin, 14 Jun 2021

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 SOALAN 2 SINTAKSIS

Sintaksis

1. Sintaksis ialah bidang berkaitan frasa dan ayat .

2. Baca dan fahami soalan yang diberikan sebelum menjawab.

3. Skop item terdiri daripada bina ayat, menukar susunan ayat , susunan biasa dan susunan songsang , menukar ayat aktif dan pasif , pola ayat , ragam ayat , jenis-jenis ayat , menukarkan cakap ajuk dan cakap pindah dan sebagainya .

4. Jumlah soalan dan pemarkahan tidak tetap bergantung pada arahan soalan.

5. Pemarkahan ialah analitik .

 

Latihan

Baca petikan di bawah dengan teliti . Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

 

      Sebagai pengguna internet yang bijak, anda seharusnya tahu membahagikan masa belajar dan melayari internet . Waktu belajar atau bekerja akan tergugat jika anda leka dengan dunia digital. Kita dapat berkomunikasi bersama-sama keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial . Ketagihan internet akan mengganggu minda seseorang . Kita hendaklah menghindari sebarang tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan orang lain . Kekerapan mengakses alam digital yang tidak terkawal boleh mengakibatkan sindrom ketagihan internet . Kemudahan digital perlu digunakan dengan penuh tanggungjawab agar memberikan kebaikan kepada diri sendiri .

           (Dipetik dan diubah suai daripada “Membentuk Pengguna Dunia Digital yang Bijak “ , Dewan Siswa , Jun 2018 )

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan