Isnin, 6 September 2021

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4

 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 4 2021

BAHASA MELAYU

 

 2 JAM

 

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2021

HARI : SELASA

MASA : 11.00 – 1.00

­

 ARAHAN


JAWAB SEMUA SOALAN

 

 

1.0 SINTAKSIS

 

Berdasarkan petikan di bawah, bina 6 ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang tepat bagi frasa yang bergaris. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Senaman boleh dilakukan oleh setiap orang sama ada pada hari bekerja atau hujung minggu. Senaman boleh dilakukan di rumah atau di pusat kecergasan seperti gimnasium. Setiap individu digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman secara konsisten dapat menjadikan tubuh badan cergas. Senaman boleh dijadikan rutin dalam kehidupan seseorang melalui disiplin diri pada setiap hari. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan senaman dengan menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh teladan.

                                                                                                                              ( 6 markah )

2.0 PENYUNTINGAN

 Dalam petikan di bawah, terdapat 10 kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah yang dinyatakan dalam arahan soalan.

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pusat. Projek pembangunan rasaksa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya. Wujudlah peluangan pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Oleh yang demikian, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki yang lumayan, Kedatangan pendatang asing semakin ketara di tahun 1980an. Kebanyakan kajian mengganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Mejoriti mereka ialah pendatang asing yang datang daripada negara jiran seperti Indonesia, Myammar, Kemboja dan Vietnam. Kebanjiran pendatang asing samada secara sah atau pun haram memberikan impak dan telah menimbulkan kebimbangan kepada negara. Kedatangan pendatang asing tanpa izin telah membawa pelbagai kesan negative kepada negara dan masyarakat.

    ( 10 markah )

3.0 PERIBAHASA

 

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

 

1.    Tiap-tiap petang Kamalia dan rakan-rakannya bersiar-siar di taman bunga itu untuk menghilangkan penat.

 

2.    Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan.

 

3.    Apabila kita berada di rantau orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam tempat tersebut.

 

4.    Mak Mah mendidik dan menjaga anak tirinya dengan penuh kasih sayang.

 

5.    Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan.

 

6.    Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa rasa jemu.

 

7.    Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba.

 

8.    Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa.

                                                                                                                   (16 markah)

 

 4.0 NOVEL

 “Bung Bratak?” Segugus pertanyaan daripada naluri ingin tahu Bazilah yang meliuk lentok dalam alam rehat dan berkelana dengan bahan kuliahnya di atas katil.

       “Bukan bung nama orang tapi tempat di atas bukit kira-kira 40 km dari Bandar Raya Kuching ke arah Jalan Bau-Lundu. Puncak bukit itulah dipercayai menjadi roh nenek moyang kaum Bidayuh bersemadi sejak pertumpahan darah yang mengorbankan lebih 2000 penduduk rumah panjang semasa perang saudara dengan kaum Iban dari sekarang kira-kira 200 tahun lalu. “Waheeda termengah-mengah sambil memerhatikan mata Bazilah yang terkedip-kedip membayangkan keadaan darurat zaman itu.

          “Mengikut sejarah,”sambung Waheeda,”tujuh rumah panjang di Bung Bratak diserang kerana ingin menakluki kawasan subur dan makmur yang bersempadan dengan Kalimantan Barat itu, Setelah  kaum lelaki dibunuh, kanak-kanak dan kaum wanita pula dijadikan hamba abdi. Penghulu Kulow yang terselamat meminta bantuan James Brooke untuk menebus wanita yang ditawan lalu membina perkampungan baharu berhampiran.”

                        Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia


Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

 

Nyatakan kesan-kesan pertumpahan darah dalam perang bersaudara kaum Iban di Puncak Bukit Bung Bratak tersebut.                                                                                 

       

          ( 4 markah )

 

 5.0 NOVEL

 Haiqal hanya tersenyum dan terus menikmati makan malamnya. Memang Ratna begitu orangnya. Suka mengusik. Di dalam kelas dahulu pun begitu juga. Pantang benar dia  jika melihat Haiqal sedang berangan atau berkhayal. Haiqal tidak pula marah, sebaliknya dia menyenangi kelakuan Ratna yang suka mengusiknya itu.

       Selesai makan, Haiqal meletakkan mangkuk tomyam dan piring bekas telur dadar di atas pinggan bekas nasinya. Disusun. Selepas mengelap mulutnya dengan sehelai tisu, dia menghirup kopi yang sudah mula menyejuk. Hampir separuh gelas air itu diminumnya.

     Batu Buruk masih belum mahu tidur. Masih bernafas dan bermandikan cahaya. Di sinilah tempat berkumpulnya muda-mudi sehingga larut malam. Jika pun tidak berbual-bual sambal makan di gerai-gerai yang disediakan, mereka bersembang sambil bertenggek di atas motosikal atau duduk di bonet kereta. Barangkali, di sini jugalah mereka mengambil kesempatan untuk melapangkan fikiran dan bertemu dengan rakan-rakan setelah seharian bekerja.                              

(Dipetik daripada novel Silir Daksina, Karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

 Haiqal makan malam di gerai Ratna.

Nyatakan makanan dan minuman yang dipesan oleh Haiqal pada malam tersebut.

                                                                                                                                 (4 markah)

 

 

6.0 RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 BAHAN 1

Setiap tahun Malaysia meraikan Hari Kebangsaan. Diam tidak diam sudah lebih separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan kebangsaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sebagai usaha untuk meningkatkan semangat patriotik. Program-program yang bercorak kenegaraan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pementasan teater drama juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan sasaran. Namun, program-program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kemerdekaan tersebut

Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mereka berperanan untuk membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara. Mereka juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju menjelang 2020.

Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah mereka perlu membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama generasi muda.

                       Dipetik dan diubah suai daripada ‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita’

oleh Dewan Siswa, Ogos 2015

 

 

BAHAN 2

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan