Sabtu, 4 September 2021

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TAHUN 2021

 TINGKATAN LIMA

Bahasa Melayu

Dua Jam sahaja

 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

 

 

BAHAGIAN A (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) (30 MARKAH)

 

Maklumat di bawah berkaitan tentang Covid-19.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah pencegahan Covid-19. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.



BAHAGIAN B  (8 markah)

Soalan 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata ganti nama diri. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambakan imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Orang yang berintegriti sentiasa berusaha untuk menjadikannya sebagai amalan dalam hidup mereka. Pemupukan integriti ada kaitan langsung dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Dengan itu, sudah pasti mereka mempunyai impian supaya dihormati dan berazam agai impian itu menjadi kenyataan. Hal itu tidak mustahil jika individu berkenaan yakin bahawa dia dapat merealisasikan Hasrat tersebut. Usaha itu bergantung pada kesanggupan setiap orang untuk melaksanakan tugas secara berterusan. Yang lebih penting mereka tidak wajar memikirkan bahawa sesuatu yang dilakukan itu Cuma perkara yang sia-sia atau membuang masa.

 

Dipetik dan diubah suai daripada “Mengekalkan       motivasi diri” Derwan ekonomi, 4/2018

 Soalan 2

Bina ayat dasar menggunakan pola ayat berikut. (4 markah)

1.       FN + FN

……………………………………………………………………………..

 

2.       FN + FK

…………………………………………………………………………….

 

        3.       FN + FS

……………………………………………………………………………

 

4.       FN + FA

 

…………………………………………………………………………….

 

 

BAHAGIAN C: CERPEN (12 MARKAH)

Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tanggal 31 Ogos                                              

 

Tanggal 31                                                          Mari kita seluruh warganegara

Bulan lapan lima puluh tujuh                       Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka! Merdeka!                                       Merdeka

Tetaplah merdeka                                           Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh                   

Ia pasti menjadi sejarah                                 Hari mulia negaraku merdeka

 

Tanggal 31                                                          Nyanyian

Bulan lapan lima puluh tujuh                       Sudirman Haji Arshad

Hari yang mulia

Haria Bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

 

Bahan 2

31 Ogos 1957 –. ketika bulan merdeka sangat terang di langit. Kami beriktikaf di suaru. Sesuai dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami  meraikan merdeka dengan dua matlamat, rezeki dan ibadat.

Surau penuh sesak – kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil, khusus untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkan kata-katanya: Perihal lurusnya hati Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah segala debar cinta kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak mud aitu: “Tanah Melayu pasti merdeka!”

Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian – ketika kami bersiap-siap di surau meraikan  setahun merdeka – gadis Inggerish berambut perang dan bermata biru lembut itu.

(Dipetik daripada Cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil)

 Bahan 3

Kehadiran Pak Husain menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang mkenemui detik-detik peristiwa yang berlaku lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu.

Kakinya yang bunting terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat.Kaki kayunya sudah usang. Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik Kelantan, aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sejarah tanah air. Kebisingan dan kehiruk-pukukan yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan), seolah-olah tidak masuk dalam telingaku. Tidak.

Dipetik daripada cerpen, “Pahlawan Buntung” oleh S.    Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, KPM

(i)                  Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud menjadi jambatan. (2 markah)

                (ii)                  Berdasarkan semua bahan, nhyatakan cara-cara masyarakat menyambut perayaan                                  Hari Kebangsaan negara. (3 markah)

           (iii)               Setiap tahun berbagai-bagai aktiviti menarik dan program sambutan Hari                             Kebangsaan dijalankan oleh kerajaan sepanjang bulan Ogos.

              Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan bahawa sambutan Hari Kebangsaan                     dijalankan oleh kerajaan pada setiap tahun? (3 markah)

        (iv)                   Kelab sejarah sekolah anda akan menganjurkan pertandingan mendekorasi dan                     menghias bilik darjah bertemakan “Bulan Kemerdekaan Negara”. Terdapat                             segelintir rakan sekelas anda acuh tak acuh untuk menghulurkan tenaga bagi                         menjayakan tujuan itu.

             Sebagai ketua kelas, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi                             masalah ini? (4 markah)

 

 

BAHAGIAN D: NOVEL (10 MARKAH)

“Lia mesti tahu makna diadakan benda-benda ni. Kalau orang tanya tak lah melopong.”

“Apa maknanya nek?”

“Sireh ini membawa maksud sifat merendah diri dan berani. Kapur berwarna putih pula bermaksud hati yang bersih.”

“Gambir, pinang dan tembakau ni?”

“Dulu nenek menyongel. Rasa gambir ini kelat kepatit-pahitan. Gambir dikatakan membawa maksud hati yang cekal. Pinang ini jika dibelah dua akan Nampak empulurnya yang keputihan yang bermaksud daripada keturunan yang baik-baik malah suka membuat sesuatu dengan hati yang terbuka dan bersungguuh-sungguh. Manakala tembakau pula bermaksud sedia berkorban.”

“Wah, tinggi betul maknanya! Jadi orang yang menyongel juga boleh dikatakan hebat, ya nek?”

Nek kiah mengangguk.

“Memang hebat! Tetapi hebat dengan gigi kuning dan banyak cakap!”

Mereka tertawa.

`                              ( Dipetik darpda Novel Songket      

Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, KPM)

 

 Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                  Nyatakan makna-makna bagi setiap bahan yang digunakan dalam pembuatan sebuah sirih junjung yang digunakan dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. (4 markah)

(ii)                Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, huraikan sebab-sebab anda tidak bersetuju dengan tindakan watak-watak sampingan dalam novel yang anda kaji. (6 markah)

 

…………………………………SOALAN TAMAT…………………………………………

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan