Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu ulasan tentang Adat Perkahwinan Orang Melayu.
ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU
Adat
perkahwinan Melayu suatu adat yang begitu unik dalam masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam, adat perkahwinan
melayu , kerana perkara ini dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi
masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu begitu dititikberatkan. Sesuatu
upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh
adat istiadat.
MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat
beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik . Adat ini
juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan
tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil
keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap
penting untuk menghormati keluarga pihak dara.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa
gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Hal ini
penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis.
Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki
seperti ibu atau bapa saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan
untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
ADAT MEMINANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya,
pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan
peminangan.Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang
tua-tua, akan diutuskan oleh ibu bapa
lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih.
Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang
muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka
sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh.
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat
berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap
tingkah laku.
ADAT BERTUNANG
Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada
lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara
bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun
dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki
tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja mengikut citarasa
dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin,
beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang,
selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap
sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik
serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan.
MAJLIS PERKAHWINAN
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung
atau hari bersanding. Majlis ini merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan
pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.Pada hari tersebut, majlis diadakan
secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat
handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju
songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan
diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin
perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan
beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki
dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di
tempat khas yang sediakan.
Lengkapkan ulasan anda dalam ruangan di bawah.
Adat Perkahwinan Orang Melayu
Upacara
perkahwinan dalam masyarakat Melayu begitu meriah dan penuh istiadat.Terdapat
empat peringkat yang perlu dilalui:
1.
2.
3.
4.
|
Peringkat
pertama:
|
Peringkat
kedua:
|
Peringkat
ketiga:
|
Peringkat
keempat:
|