Sabtu, 24 Julai 2021

PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Adat Perkahwinan Orang Melayu)

 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu ulasan tentang Adat Perkahwinan Orang Melayu.

ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

Adat perkahwinan Melayu suatu adat yang begitu unik dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam, adat perkahwinan melayu , kerana perkara ini dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

 

 MERISIK

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik . Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara.

Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Hal ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.

 

ADAT MEMINANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua,  akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkah laku. 

 

 ADAT BERTUNANG

Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan.

 

MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Majlis ini merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.

 

 

Lengkapkan ulasan anda dalam ruangan di bawah.

Adat Perkahwinan Orang Melayu

Upacara perkahwinan dalam masyarakat Melayu begitu meriah dan penuh istiadat.Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui:

1.

2.

3.

4.

 

Peringkat pertama:

 

 

 

 

Peringkat kedua:

 

 

 

 

Peringkat ketiga:

 

 

 

 

Peringkat keempat:

 

 

 

 

 




 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan