Sabtu, 10 Julai 2021

SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA

Walaupun pada masa kini struktur perindustrian lebih banyak diberi perhatian namun sektor pertanian tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan. Banyak langkah yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memajukan lagi sektor pertanian negara. Jika diamati dengan teliti, negara kita cukup bertuah kerana memiliki tanah yang luas dan subur. Terdapat banyak kebaikan memajukan sektor pertanian kepada negara.

Antara kebaikan sektor pertanian kepada negara ialah ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor pertanian juga menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pihak yang mengusahakannya secara bersungguh-sungguh. Penggunaan bioteknologi dalam sektor pertanian pasti menghasilkan pendapatan yang banyak kerana ia dapat menambahkan kuantiti dan kualiti dalam hasil pertanian. Selain itu, peluang pekerjaan di sektor pertanian ini amat banyak sehinggakan pengusaha pertanian terpaksa mengambil buruh asing kerana bekalan buruh dalam negara yang tidak mencukupi. Oleh itu, pihak pengurusan sektor pertanian sewajarnya memberikan gaji yang setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang pekerja agar mereka tidak mencari pekerjaan di sektor lain.

            Kebaikan seterusnya sektor pertanian ialah dapat mengurangkan import negara dalam barangan pertanian. Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita adalah barangan makanan seperti beras dan sayur-sayuran. Jika barangan makanan ini ditanam dalam kuantiti yang banyak, pasti negara kita dapat mengurangkan eksport sekaligus dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. Malah, hasil pertanian yang banyak dihasilkan oleh negara kita boleh juga dieksport ke luar negara. Jika negara dapat mengeksport hasil pertanian ke luar negara, sudah pasti ekonomi negara akan bertambah kukuh.

Selain itu, sektor pertanian juga dapat membekalkan bahan asas untuk menghasilkan bahan kedua di kilang-kilang. Realitinya, bahan yang dibeli dalam negara lebih murah jika dibandingkan dengan bahan yang dibeli dari luar negara. Oleh itu, secara tidak langsung sektor perkilangan dalam negara juga akan mendapat manfaatnya. Keuntungan syarikat dalam negara secara tidak langsung akan menambahkan pendapatan negara melalui pencukaian. Dengan pertambahan pendapatan negara, maka lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat.

Di samping itu, sektor pertanian juga membolehkan negara berdikari apabila berlaku masalah peperangan. Negara yang mengusahakan sektor pertanian juga tidak akan tertekan apabila berlaku bencana di negara lain. Jika negara mengimport bahan makanan dari negara luar, pasti harganya akan meningkat berkali ganda jika berlaku sesuatu bencana di negara pengeluar. Dalam masa peperangan contohnya, negara yang mengusahakan sektor pertanian lebih stabil jika dibandingkan negara yang tidak mempunyai hasil pertanian. Malahan negara yang mengusahakan sektor pertanian juga dapat membantu negara jiran jika negara tersebut kekurangan bahan makanan. Selain itu, sektor pertanian juga boleh dijadikan sebagai produk untuk menarik kedatangan pelancong asing. Kehadiran ramai pelancong ke negara ini pasti akan menambahkan pendapatan petani atau pengusaha pertanian. Pelancong lazimnya suka melancong ke kawasan pertanian kerana pemandangannya yang indah dan suasana yang nyaman. Di Malaysia terdapat beberapa kawasan pertanian yang menjadi tumpuan pelancong lain seperti di Cameron Highlands.

 Kepentingan seterusnya , bahan pertanian juga boleh dijadikan bahan untuk membantu industri desa. Pelbagai produk dapat dikeluarkan melalui pelbagai kegiatan industri desa seperti memproses bahan makanan, memproses minuman, kraftangan dan sebagainya. Penglibatan dalam bidang industri desa ini membolehkan ekonomi masyarakat dipertingkatkan malahan memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada masyarakat setempat. Sesungguhnya, kemajuan dalam sektor pertanian ini dapat merangsang sektor pelancongan negara yang sememangnya mendatangkan pulangan berganda kepada rakyat dan negara.

Bahan Diambil Daripada Modul Bacaan Hebat


Soalan

Berdasarkan kepada bahan bacaan di atas, senaraikan sumbangan sektor pertanian kepada negara.

 

Sumbangan sektor pertanian kepada negara

Bil

Isi

Contoh

1

membuka peluang pekerjaan kepada rakyat

 

peluang pekerjaan di sektor pertanian ini amat banyak sehinggakan pengusaha pertanian terpaksa mengambil buruh asing

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

4

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan