Selasa, 13 Julai 2021

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

 

 

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjang karangan anda antara 150 hingga 200 patah perkataan.


USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

 Johan               Walau di mana kita berada, kita mestilah patuh kepada undang-undang. Pepatah Melayu ada menyebut, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”

Nickholes       Selain itu, prinsip hormat-menghormati sangat penting untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan hidup di negara kita. Kita juga perlu menghormati undang-undang negara kita supaya kehidupan lebih harmoni.

Ramli             Betul. Pada masa yang sama, para pemimpin perlu menunjukkan teladan kepada  rakyat. Setiap rakyat juga memainkan peranan penting untuk memupuk perpaduan negara.

 

 

 

RANGKA KARANGAN

Frasa kata kunci                usaha-usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

 

Isi 1

Patuh kepada undang-undang

Apa

Setiap rakyat perlu patuh kepada undang-undang

Bagaimana

Mematuhi arahan dan larangan yang diwartakan

Mengapa

Memastikan Malaysia kekal sebagaI negara yang stabil

Contoh

Tidak melanggar lampu isyarat, merosakkan harta benda awam

Kesimpulan

Rakyat dapat hidup aman damai

 

Isi 2

Saling hormat-menghormati

Apa

Amalan muafakat dan menghargai pendapat orang lain

Bagaimana

Untuk memupuk nilai berbaik sangka, tolak ansur dan empati dalam diri masing-masing

Mengapa

Membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu

Contoh

Ucapan salam bila bertemu

Kesimpulan

Sikap saling menghormati dapa membentuk masyarakat yang bersatu padu

  

Isi 3

Para pemimpin memberikan teladan yang baik

Apa

Seseorang pemimpin yang baik akan memiliki pengaruh dan kepimpinannya akan yang dipercayai

Bagaimana

Perbuatan yang memberi teladan akan dapat dinilai melalui pemerhatian

Mengapa

Pemimpin sebagai “role model”

Contoh

Perdana Menteri melayan setiap tetamu dalam majlis sambutan Hari raya

Kesimpulan

seseorang pemimpin yang baik akan menunjukkan budi pekerti yang baik untuk diteladani

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan